Posts

Showing posts with the label kasih

MARI MENDENGAR, BELAJAR DAN MENGKAJI ILMU DI SINI

Image

Karnival Mahabbah IKIM.fm di KELATE

Image
Teruja jugak rasa hati ini bila cik Siti Rohani Surani mengucapkan "Terima kasih kerana datang ke Karnival Mahabbah IKIM" di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini. Ucapan ini masih teringat di sanubari. Saya dan famili yang sedari awal mencari-cari peluang untuk bersua mereka di bawah stage tidak berkesempatan kerana terlalu ramai peminat dari kalangan orang-orang vateren dan kanak-kanak yang berasakan mengelilingi mereka. Tetapi rezeki Tuhan tiada sapa yang tahu. Kami tidak terduga rupa-rupanya Allah telah memilih kami jua untuk terserempak dengan Dj celebriti IKIM ini serta orang tersohor seperti Ustazah Norhafizah Musa semasa mereka keluar dari kesesakan orang ramai di hujung lokasi. Didoakan agar DJ CT dan Ustazah Norhafizah sentiasa diberi keberkatan dan kesihatan yang baik oleh Allah dan sentiasa berusaha gigih demi menegakkan keredhaan Allah untuk masyarakat sekelian Wassalam..

MENGAPA KITA CAKDUH TENTANG AURAT

Image
Cakduh atau memandang ringan penampilan diri kita tentang corak berpakaian di tubuh kita atau susuk tubuh badan anak isteri kita terutamanya yang bernama wanita.... Mungkin kita tak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar. Ini menandakan kita memang kurang segar tentang kewaspadaan kita tentang bahaya yang bakal menimpa kita di dunia atau di akhirat nanti. Wanita adalah perhiasaan di dunia ini. Kerana seluruh kecantikan dan keunggulan pandangan adalah tertumpu pada susuk tubuh insan yang bergelar wanita. Ingatlah.. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Kenapa? Tidak keluar seseorang anak soleh solehah melainkan lahir dari rahim-rahim para wanita solehah. Peranan mereka inilah yang membentuk seorang hamba Allah yang berperibadi soleh solehah yang akan mewarisi syurga di akhirat. Agenda barat telah lama menampakkan hasil. Misinya terlalu amat berjaya sekali. Pergilah kita ke bandar, ke kampung-kampung, ke Felda dan ke mana-mana sahaja dan perhatikanlah anak-anak wanita kita ...

KASIH SAYANG TAK BOLEH DIJUAL BELI

ASSALAMUALAIKUM.... Siapakah yang paling kita kasih? Kasihkah kita pada diri kita? Atas dasar apa kita terus-menerus mengasihi diri ini..... Jika demam sedikit, ubat atau doktor yang dicari. Jika lapar atau dahaga. Nasi & air yang kita telan untuk memastikan diri ini boleh hidup bertenaga. Jika sakit tenat... berapapun jumlah bayaran sanggup dibiaya demi memastikan nafas ini mesti terus bernyawa dan bangun celik mata berkata-kata.  Biar siapapun kita, pegawai tinggi, drebar teksi, tukang buat kopi atau pengemis jalanan sekalipun .... kita semua berhak dan wajib mengasihi diri kita sehingga ke akhir hayat kita. Siapakah yang mengisi naluri perasaan mengasihi ini di dalam hati.? Sejak bila kita kasih dan mengasihi. Kasih diri dan kasih isteri, anak-anak, ibu-bapa, kawan-kawan dan semuanya yang ada perasaan kasih di dalam benak sanubari kita. Teruskan lah mengasihi orang-orang yang sepatutnya kita semai dan pupuk kasih sayang demi menjalinkan hubungan kasih tersebut. Namun janga...