Posts

Showing posts with the label Serius

MARI MENDENGAR, BELAJAR DAN MENGKAJI ILMU DI SINI

Image

TRAVELOG KT33_siri2

Image
Sambungan cerita.......dari......Travelog KT33 Dek telingaku terdengar berdebab bedebuk langkah kaki manusia yang tidak sedikit bilangannya. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya di Raudah amat ketara jagaan keluar masuk ahli jemaah haji ke dalam sana. Polis yang berunifom lengkap bewarna hijau segak mengawal partition yang mempunyai pintu tertentu yang hanya dibuka pada waktu yang telah ditentukan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Bagi jemaah lelaki, waktu melawat raudhah ialah selepas asar hingga lewat isyak yang di situ terdapat maqam Rasulullah dan juga berdirinya mimbar rasulullah. Semuanya berada di sebelah kiri bahu posisi tubuh kita jika berdiri mengadap kiblat. Manakala jemaah wanita boleh melawat Raudhah pada waktu pagi selepas dhuha hingga sebelum zohor. Bunyian Berdebab berdebuk adalah larian telapak kaki jemaah yang berebut-rebut memasuki ruangan Raudhah untuk mendapatkan saf untuk solat berhampiran dengan Mimbar Rasulullah. Semasa berada di dalam raudhah, biasanya ...

Karnival Mahabbah IKIM.fm di KELATE

Image
Teruja jugak rasa hati ini bila cik Siti Rohani Surani mengucapkan "Terima kasih kerana datang ke Karnival Mahabbah IKIM" di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini. Ucapan ini masih teringat di sanubari. Saya dan famili yang sedari awal mencari-cari peluang untuk bersua mereka di bawah stage tidak berkesempatan kerana terlalu ramai peminat dari kalangan orang-orang vateren dan kanak-kanak yang berasakan mengelilingi mereka. Tetapi rezeki Tuhan tiada sapa yang tahu. Kami tidak terduga rupa-rupanya Allah telah memilih kami jua untuk terserempak dengan Dj celebriti IKIM ini serta orang tersohor seperti Ustazah Norhafizah Musa semasa mereka keluar dari kesesakan orang ramai di hujung lokasi. Didoakan agar DJ CT dan Ustazah Norhafizah sentiasa diberi keberkatan dan kesihatan yang baik oleh Allah dan sentiasa berusaha gigih demi menegakkan keredhaan Allah untuk masyarakat sekelian Wassalam..

Travelog KT33

Image
1429H/2008 menjadi tahun keramat bagiku untuk mengungkapkan satu nostalgia perjalananku ke Negeri Madinah al Munawwarah dan juga Tanah Suci Mekah Al Mukarramah. Lambaiannya masih hangat terasa, seolah-olah ada suara halus memanggil-manggil untuk ku ke sana buat kali ke 2. Oh amat rindu rasanya untuk ku melihat kedamaian dan kesyahduan Baitullah dan Raudah maqam baginda rasulullah. Manusia yang paling agung seagung-agungnya. Langit Subuh Madinah amat cerah sewaktu aku, isteri dan ibuku melabuh diri di lapangan terbang Madinah.. Tidak terkira sukacitanya hati ini bila kapal terbang arab saudi dapat mendarat dengan sempurna di sana. Alhamdulillah. Teringat pesan Ustaz Abd. Basit supaya sentiasa berdoa kepada Allah agar mengurniakan perasaan merasai singkatnya masa di dalam perjalanan. Syukur..beberapa belas jam di udara, kesihatan tubuh serta yang paling kritikalnya perutku, tak pernah meragam. Nasi, kek, air dan sebagainya yang disediakan oleh pramugari ‘no problem’. Pramuga...

IBADAH HAJI WAJIB DITUNAIKAN SEKALI SEUMUR HIDUP

Image
Muslim yang terleka mengumpulkan harta dunia (BERTUKAR kereta, MEMBESAR rumah, MENAMBAH KOLEKSI kedai, perniaagan dll lagi) yang tidak mahu memikirkan simpanan khusus bagi menyediakan dirinya untuk layak menunaikan haji adalah dalam kerugiaan yang nyata. JIka anda mengumpul wang paling banyak RM200 sebulan yang bergaji RM2000~3000 pun akan terkumpul sebanyak RM2400 setahun. Bila mencapai10 tahun akan jadi RM24000..................BULEH SANGAT DOH KALU NAK BUAT LAGU TU.....INSYAALLAH...

BAGAIMANA STATUS SOLAT KITA HINGGA KE AKHIR HAYAT

Image
Dalam berbilion manusia di dunia ini ada yang beragama islam diiktiraf sebagai muslim, daripada ramai muslim itu ada yang yang kuat imannya yakin percaya kepada ajaran agama disebut mukmin. Daripada ramai-ramai mukmin itu ada yang benar-benar yakin percaya serta beramal ibadah disebut muttaqin dan yang sebenar-benar beribadat secara ikhlas kerana Allah (tahu tujuan dan kaedah melaksanakannya) mengikut sunnah rasulullah dinamakan mukhlisin . Status kita terletak diperingkat mana? Setelah kita cukup umur atau baligh, semua kelakuan ibadat sama ada solat, puasa, zakat dan haji semuanya kita belajar dan dah ada juga telah kita praktikkan sesempurna yang kita anggapkan. Tetapi adakah terfikir oleh kita bagaimana hendak menyempurnakan lagi seterbaik mungkin semua amalan ibadat tersebut agar diterima sepenuhnya oleh Allah swt. Lihatlah solat 5 waktu yang kita lakukan sehari-hari… Rata-rata orang muslim melakukan solat sekadar ikut-ikutan iaitu melakukan sepertimana orang lain...

SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAT DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Salam berbahagia untuk semua umat nabi Muhammad Saw, Di hari baik dan bulan baik pada tahun 1433 Hijrah ini, mudah-mudahan kita sempat meneruskan lagi rutin kita sebagai seorang hamba Allah SWT, melaksanakan ibadah yang terbaik untuk memastikan Allah redha dan menerima kita sebagai seorang hamba yang taat dan layak bagi ditempatkan kita ke SyurgaNya kelak. Sebenarnya untuk apa kita semua berlomba-lomba mengejar masa melakukan ibadat yang berganda-ganda pada ramadhan ini? Apakah kita buat sekadar ikut-ikutan atau untuk dipertontonkan kepada kawan dan jiran kita bahawa, bulan inilah ibadat yang sebenar-benarnya patut kita perbanyakkan.  Berpenat lelah siang hari berpuasa dan di malamnya pula bertarawikh. Untuk mendapat pahala bukan sesuatu yang mudah. Sekiranya kita membuat sesuatu perkara ibadat tanpa mengetahui kaedah dan tujuannya yang sebenar. maka ibadat itu seolah-olah tidak ada makna apa-apa dan yang dapat pada kita cuma penat dan lapar atau bersuka-suka sahaja. Bukan i...

SAJAK

KEPULANGAN Di saat kegelapan meniti jurang yang curam Mencari setitik cahaya menerangi jalan Tak pasti ditemui kegembiraan Meneliti dan terus mengkaji arah ketenangan Mencuba dan terus mencuba mengenali bayangan Bayangan terzahir impian kenyataan Disambut batin rasa kesyahduan Ucapan salam seluruh kehidupan Kedamaian rasa kebahagiaan jiwa Ku sujud solat ku iringi zikrillah Mengadap Ilahi yang tiada zat setanding Ku buang segala kebesaran dan semua kekayaan Pada diriku ku buang semuanya. Sebenarnya Tuhanlah yang Terkaya dan Termulia Semua manusia darjat sama, tak kira siapa Umpama pengemis merintih ditangga sikaya Menghulur tangan cemar meminta sesen dua Qiam melihat diri yang tiada berpunya apa Walau seurat hitam sibulu roma Sehingga kini tak pernah bersua Tuhan Yang Kaya Cuma sujud dan rukuk bila tiba waktu yang lima Tak tahu lalai dan khusyuk mengadap diriNya Tak tahu ditolak atau terima tak pernah diberi keputusannya Ingin ku kembali berjumpaNya Tapi...

SERIUS SOKMO

Salam.... Kalau kita nak berjaya mestilah buat usaha dengan betul-betul serius. Contohnya kalau kita nak naik pangkat dalam jawatan pekerjaan kita, prepare sgoti..... Itu hok dunia hok kita nampak depan mata. Macam mana pulok benda-benda hak sungguh lagi benar hak tak nampak langsung loni????? Bab sembahyang, sedekah, zikir dan lain-lain yang jika buat sungguh-sungguh akan beroleh pahala (matawang yang hanya laku di akhirat saja, tak berapa laku di dunia pasal tak leh kelih) Ramai antara kita termasuk yang menaip cerita ni pun saaaaangat tak nampak sungguh lagi dalam hal mengumpul pahala... Cuba perhitungkan amalan kita setiap hari, cuba renung ibadat kita hari ini.. Sembahyang subuh...tak berjemaah, tak khusyuk, 5~10 minit lagi nak abis waktu baru nak smaye. Zohor..... juga tak berjemaah, tak tukar seluar cemar kena percikan air kencing semasa kencing berdiri dalam tandas tadi. dah 3 hari tak basuh... hari-hari kencing berdiri. tak mercik ke. ..? Asar ...ok lah sembahyan...