Posts

Showing posts with the label politeknik kota bharu

POWER TRANSMISSION

POWER TRANSMISSION ATAU DALAM BAHASA MELAYU KITA SEBUT PENGHANTARAN KUASA. https://www.youtube.com/watch?v=KB11OmOoer4 Allah ciptakan makhluknya bukan dengan sia-sia. Setiap apa yang ada di mana sahaja samaada di darat, di laut atau di langit atau di dalam bumi semuanya ada manafaatnya, sehinggakan senipis bulu roma di badan setiap manusia ada fungsinya. Contohnya bila manusia berada di dalam cuaca panas, bulu roma itu akan condong merapatkan dirinya kepada kulit atau dalam kata lain reroma tersebut memerangkap sedikit sahaja udara sekitar supaya tidak menjadi penebat kepada kepanasan. Manakala sekiranya cuaca sejuk berlaku reroma di badan akan berinteraksi dengan alam ini dan menegakkan diri menjauhkan hujungnya dari kulit yang sedikit sebanyak memerangkap udara sekitarnya menjadi penebat kepada kesejukan. Betapa hebatnya kuasa Allah yang menciptakan makhlukNya ini. Dalam mencari kesempurnaan hidup ini dan jelasnya setiap manusia se...

AKTIVITI PROJEK PELAJAR DI JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL POLITEKNIK KOTA BHARU

Image
Politeknik Kota Bharu adalah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan yang telah lama mengaplikasikan aktiviti projek   inovasi pelajar untuk Kursus J5012 dan JJ614 bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi pelajar semester akhir setiap sesi pengajian. Persediaan dan Persembahan Projek Inovasi adalah menjadi kewajipan kepada setiap pelajar tahun akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal setiap semester. Pada sesi Dis 2012, pameran yang dipersembahkan sebanyak 97 projek semuanya berbentuk kajian penyelidikan, rekabentuk, pembangunan produk dan projek pembangunan perisian pelajar. Projek yang siap telah disimpan di bengkel simpanan projek. Selain itu projek terpilih akan dipamerkan atau di komersialkan kepada agensi yang memerlukan dari pihak dalaman atau luaran. Satu lagi aspek yang boleh diambil kira ialah penggunaan hasil projek pelajar di PKB sebagai alat bantu mengajar atau alatan yang meningkatkan prasarana kemudahan, kecekapan atau keberkesanan tugasan...

Politeknik Kota Bharu JUARA IKON VARSITI BH 2012

Image
             One Mission Polytechnic telah berjaya dinobatkan selaku JUARA Ikon Varsiti Berita Harian 2012 Kategori Kumpulan Program Khidmat Sosial Luar Negara yang membawa pulang hadiah wang Tunai RM 5000, Trofi serta Sijil anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Berita Harian. Kemenangan ini telah diadili menerusi undian pembaca setia Berita Harian serta Majlis Profesor Negara (MPN). Peserta telah menganjurkan program Sukarelawan Politeknik Malaysia Peringkat Antarabangsa 2011 pada 5-10 Disember 2011 bertempat di Kampung Croi Menteri Phnom Penh Cambodia. Peserta telah berjaya mencipta dan membina 3 set penapis air bagi kemudahan secara berterusan kepada hampir 6000 penduduk yang sebelum ini hanya menggunakan bekalan air daripada Sungai Mekong yang kotor dan keruh. Menerusi program inovasi pintar ini maka penduduk dapat menikmati air bersih serta menjana pendapatan Tabung Masjid. Pihak ...

MAHAZARI DALAM KENANGAN

Image
Pada Rabu, 26 Disember 2012, merupakan suatu hari yang penuh  nostalgia buat seluruh staf JKM dan semua warga PKB amnya.  Mantan Ketua Jabatan yang amat dikagumi serta dikasihi  Tn. Hj Mahazari Mohd Zain   bersama  4 orang staf JKM yang juga diraikan; En. Nik Dazuki Abd Rashid, En. Remly Othman, En. Zamri Ahmad dan Isteri, Pn Halimah akan berpindah dari PKB hujung tahun ini. Majlis perpisahan tersebut berlangsung secara sederhana tapi penuh syahdu di Restoran New Horizon Wakaf Che Yeh pada 12.00 tgh  dan  turut dihadiri oleh Tn. Haji Azahan Daud,Timbalan Pengarah (Sokongan) serta hampir keseluruhan warga jkm bersama turut menyerikan majlis. Haji Mahazari (15 tahun khidmat di PKB) memberi beberapa pesanan agar warga sama-sama meningkatkan amalan agama masing-masing  terutamanya solat. Rancanglah sembahyang  berjemaah di masjid bilamana azan dilaungkan. Singgahlah dirumah Allah untuk solat sekejap walaupun kita dalam per...