Posts

Showing posts with the label tok leh tek

Masihkah ada cinta

Cinta kita cuma pada diri sendiri, kita sayangi diri ini lebih dari segalanya. Kerana kita tahu betapa berharganya sebuah kehidupan yang saat ini dikecapi sehingga tidak puas-puas merasai dan terus merasai nikmat kehidupan di alam yang kita masih belum habis menerokainya. Ini lah alam dunia yang sering melupakan kita tentang asal-usul kejadian kita. Dari mana kita datang? Siapakah yang menciptakan kita? dan bagaimanakah kesudahan kehidupan kita? Ada setengah-setengah manusia yang cuma tahu bergembira dan yang mahir hanya mengumpul harta dan pengaruh diri selalu memikirkan bagaimana hendak menggandakan income, membesarkan rumah, menukar kereta yang lebih besar. Dan apabila semua-semuanya besar-besar, mewah-mewah, sofistikated dan orang kelantan kata "tok leh tek doh" semuanya dah cukup. Apa lagi yang kita nak selepas itu???? Marilah kita sama-sama kembali kepada fitrah diri ini. Kalau sebuah kereta mewah yang boleh memecut laju beribu km sejam dan boleh terbang sekali pun....