Posts

Showing posts with the label ramadhan

FITRAH KEHIDUPAN INSAN DI SENJA RAMADHAN

Image
Senja berlabuh menanti sirnanya mentari Beningnya cahaya di ufuk itu menerangi buana Sekejap cuma nur kegemilangan sanubari   qalbu menanti saat lambaian kepulangan Kepulangan tetamu sepi ini Bertandang kemari membawa seribu satu rencana Suka duka semasa bercinta, rindu rinduan Jerih perih merintih kekesalan diri Taubat nasuha Menggapai Rahmat ampunan, cita-cita nyata dan besertanya simpang siurnya   sendiwara Dunia,,, Engkau tetamu yang tidak dicari tetapi rencana Tuhan yang dinanti Buat Insan mengerti Keredhaan   Ilahi dan Belas kasihan insan kesayangan Muhammad Rasulullah serta para sahabat seperjuangan Menjunjung cahaya Islam supaya terus berkembang berjuang Mekar di hati hamba yang bertatih mengenal diri dan pencipta. Sampai bila insan hamba ini ingin bergelar menjadi hamba Tuhan Hingga namanya nanti   disebut-sebut Mulia di Makhluk langit Tinggi Dan di bumi ini Hingga bila roh nyawanya semasa diangkat...

IBADAH HAJI WAJIB DITUNAIKAN SEKALI SEUMUR HIDUP

Image
Muslim yang terleka mengumpulkan harta dunia (BERTUKAR kereta, MEMBESAR rumah, MENAMBAH KOLEKSI kedai, perniaagan dll lagi) yang tidak mahu memikirkan simpanan khusus bagi menyediakan dirinya untuk layak menunaikan haji adalah dalam kerugiaan yang nyata. JIka anda mengumpul wang paling banyak RM200 sebulan yang bergaji RM2000~3000 pun akan terkumpul sebanyak RM2400 setahun. Bila mencapai10 tahun akan jadi RM24000..................BULEH SANGAT DOH KALU NAK BUAT LAGU TU.....INSYAALLAH...

SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAT DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Salam berbahagia untuk semua umat nabi Muhammad Saw, Di hari baik dan bulan baik pada tahun 1433 Hijrah ini, mudah-mudahan kita sempat meneruskan lagi rutin kita sebagai seorang hamba Allah SWT, melaksanakan ibadah yang terbaik untuk memastikan Allah redha dan menerima kita sebagai seorang hamba yang taat dan layak bagi ditempatkan kita ke SyurgaNya kelak. Sebenarnya untuk apa kita semua berlomba-lomba mengejar masa melakukan ibadat yang berganda-ganda pada ramadhan ini? Apakah kita buat sekadar ikut-ikutan atau untuk dipertontonkan kepada kawan dan jiran kita bahawa, bulan inilah ibadat yang sebenar-benarnya patut kita perbanyakkan.  Berpenat lelah siang hari berpuasa dan di malamnya pula bertarawikh. Untuk mendapat pahala bukan sesuatu yang mudah. Sekiranya kita membuat sesuatu perkara ibadat tanpa mengetahui kaedah dan tujuannya yang sebenar. maka ibadat itu seolah-olah tidak ada makna apa-apa dan yang dapat pada kita cuma penat dan lapar atau bersuka-suka sahaja. Bukan i...

RAMADHAN BULAN PENUH GANJARAN

Image
Sesekali aku mengenangkan orang yang jauh Yang tiada di pangkuan ini Saat-saat indah bermain di mata Sayu rasanya tiada kata boleh dibicara Oh Tuhan, Engkaulah yang Maha Kaya Tiba saatnya .... Terasa amat sebentar cuma menjengokmu Aku di sini tidak sempat berbuat apa-apa Engkau dah nak pergi meninggalkan aku sendiri Engkau amat jauh dihatiku Setiap kali engkau datang aku selalu tidak bersedia Kini engkau nak pergi, baru terasa hangatnya kemesraanmu Mengapa aku ini lalai dan terlalu alpa dengan kehadiranmu Apakah mungkin umurku sempat mempertemukan dengan mu semula Ramadhan kaulah bulan mulia Padanya diturunkan ummul kitab Padanya nabi al amin bersungguh tekun beribadah Padanya ada lailatul qadar yang penuh rahmat Padanya Badar menjunjung kegemilangan sahabah Keberkatannya Tuhan suratkan untuk ummah Bila kah masanya untuk aku berubah Berubah untuk mendekati Allah Yang Maha Pemurah