Posts

Showing posts with the label rasulullah

Rugi-rugi eeee rugi

Image
  Saya nak kongsi satu cerita yang diceritakan oleh En Azmi PKB yang di kisahkan olehnya dari cerita ustaz yang berkuliah kepadanya yang dipetik dari kisah-kisah para sahabat zaman rasulullah saw. Saya rasa teruja dengan kisah ini yang amat bermakna pengajarannya. Suatu hari Seorang isteri (baru janda setelah kematian suaminya yang tercinta) datang berjumpa rasulullah dan berkeadaan yang runsing dan penuh persoalan dijiwanya tentang peristiwa pelik menimpa suaminya sebelum meninggal dunia. Suaminya sebelum pergi menemui Ilahi telah meninggalkan 3 persoalan yang tidak difahami maksudnya; 1) Rugi kenapa aku beri yang buruk? 2) Rugi kenapa aku beri separuh ? 3) Rugi kenapa sekali saja? Rasulullah lantas menjawab. Jawapan-1)Suami mu semasa hayatnya telah berjumpa seorang yang susah dalam kesejukan dimusim sejuk pada waktu malam. Beliau menanggalkan ketiga-tiga baju sejuknya dan memberikan satu bajunya yang paling buruk kepada saudaranya itu. Jawapan-2) Suatu hari ada se...

MARI MENDENGAR, BELAJAR DAN MENGKAJI ILMU DI SINI

Image

TRAVELOG KT33_siri2

Image
Sambungan cerita.......dari......Travelog KT33 Dek telingaku terdengar berdebab bedebuk langkah kaki manusia yang tidak sedikit bilangannya. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya di Raudah amat ketara jagaan keluar masuk ahli jemaah haji ke dalam sana. Polis yang berunifom lengkap bewarna hijau segak mengawal partition yang mempunyai pintu tertentu yang hanya dibuka pada waktu yang telah ditentukan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Bagi jemaah lelaki, waktu melawat raudhah ialah selepas asar hingga lewat isyak yang di situ terdapat maqam Rasulullah dan juga berdirinya mimbar rasulullah. Semuanya berada di sebelah kiri bahu posisi tubuh kita jika berdiri mengadap kiblat. Manakala jemaah wanita boleh melawat Raudhah pada waktu pagi selepas dhuha hingga sebelum zohor. Bunyian Berdebab berdebuk adalah larian telapak kaki jemaah yang berebut-rebut memasuki ruangan Raudhah untuk mendapatkan saf untuk solat berhampiran dengan Mimbar Rasulullah. Semasa berada di dalam raudhah, biasanya ...

IBADAH HAJI WAJIB DITUNAIKAN SEKALI SEUMUR HIDUP

Image
Muslim yang terleka mengumpulkan harta dunia (BERTUKAR kereta, MEMBESAR rumah, MENAMBAH KOLEKSI kedai, perniaagan dll lagi) yang tidak mahu memikirkan simpanan khusus bagi menyediakan dirinya untuk layak menunaikan haji adalah dalam kerugiaan yang nyata. JIka anda mengumpul wang paling banyak RM200 sebulan yang bergaji RM2000~3000 pun akan terkumpul sebanyak RM2400 setahun. Bila mencapai10 tahun akan jadi RM24000..................BULEH SANGAT DOH KALU NAK BUAT LAGU TU.....INSYAALLAH...

BAGAIMANA STATUS SOLAT KITA HINGGA KE AKHIR HAYAT

Image
Dalam berbilion manusia di dunia ini ada yang beragama islam diiktiraf sebagai muslim, daripada ramai muslim itu ada yang yang kuat imannya yakin percaya kepada ajaran agama disebut mukmin. Daripada ramai-ramai mukmin itu ada yang benar-benar yakin percaya serta beramal ibadah disebut muttaqin dan yang sebenar-benar beribadat secara ikhlas kerana Allah (tahu tujuan dan kaedah melaksanakannya) mengikut sunnah rasulullah dinamakan mukhlisin . Status kita terletak diperingkat mana? Setelah kita cukup umur atau baligh, semua kelakuan ibadat sama ada solat, puasa, zakat dan haji semuanya kita belajar dan dah ada juga telah kita praktikkan sesempurna yang kita anggapkan. Tetapi adakah terfikir oleh kita bagaimana hendak menyempurnakan lagi seterbaik mungkin semua amalan ibadat tersebut agar diterima sepenuhnya oleh Allah swt. Lihatlah solat 5 waktu yang kita lakukan sehari-hari… Rata-rata orang muslim melakukan solat sekadar ikut-ikutan iaitu melakukan sepertimana orang lain...

SAJAK dekat nak HARI RAYA

Image
Hari ini masih puasa Masih menunggu masa berbuka Tak lama, 9 jam lagi Puasa rutin, terpaksa atau apa Ibadah oh ibadah ramai  hamba tak tahu dosa pahala Tok guru berbuih air liur Ustaz-ustazah serak suara Cikgu-cikgu habis cari cara Bagaimana nak tunjuk ajar mengenal dosa pahala Aku, dulu kini dan selamanya tahu apa dosa pahala tapi kini rasa-rasa macam selalu buat dosa dosa diri, dosa kawan-kawan apatahlagi dosa kepada ibubapa Rasa seperti tak tanggung apa-apa Rasa seperti tiada balasan apa-apa Manusia rata-rata berdosa Ramadhan bulan mulia Baguslah sekiranya ramai mohon ampun pada yang Esa Mudah-mudahan penghujung tirai ramadhan dosapun dibersihkan Anak-anak kecil atau orang-orang besar yang banyak peranan  pengalaman Buat kerja dunia tapi tak berapa bersungguh buat kerja untuk ke sana kenapa seperti tiada beza Yang tua yang muda tiada punca Tidak cakna tujuan di dunia persediaan ke sana Ke sana di mana Kepada Tuhan yang Meredhai selamanya ...

Hari Ini adalah Saki Baki 2011

Apakah kita sudah berpuas hati dengan apa yang kita telah laksanakan sepanjang 2011 ini? Sebagai seorang muslim mukmin yang sebenar.... mesti ada cita-cita disebalik nama muslim mukmin itu yang mempunyai peruntukan yang sewajarnya kita sempurnakan untuk meletakkan setaraf diri kita dengan nama tersebut. Benarkah kita sudah menjadi seorang mukmin yang sebenar????

INGINKU SEKETIKA BERSAMAMU RASULULLAH

Image
"LAU KANA BAINANA............SEANDAINYA MASA INI RASULULLAH MASIH BERADA BERSAMA-SAMA KITA"......... APAKAH PERASAAN KITA ???? Sebahagian dari foto-foto berikut dipetik dari moeflich.wordpress.com.....sila layari Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW: Yang Menggetarkan, Menyentuh Qalbu Menambah Cinta!!  INSYAALLAH.... MARILAH SAMA-SAMA BERSALAWAT KEATAS BAGINDA SAW.  Bila kita berjauh jarak dengan Nabi Muhammad saw yang berbentang waktu 1.400 tahun… bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui shalat, shalawat-shalawat  dan do’a-do’a yang kita lantunkan, kita memohon  syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya adzab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Nabi Agung, Kekasih Allah dan pemimpin yang berperibadi mulia panutan al...

KEBESARAN CINTA ILAHI

Setiap hari kita sedar dari tidur. Apa yang kita cari ialah cahaya. Cahaya yang menerangi penglihatan kita. Jika gelap, tiada apa yang kita boleh lihat. Untuk melihat jari jemari kita pun, kita merasai amat lemah, untuk bergerak ke sana ke mari pun kita bimbang. Begitulah suasana jika kita berada dalam kegelapan. Allah swt telah mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai orang yang membawa cahaya sebenar kepada umat manusia akhir zaman. Cahaya Ilahi ini adalah suatu yang amat-amat kita perlukan untuk menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Jika kita ingin berterusan di dalam kegelapan bermakna kita telah menolak tuah atau mengingkari ketetapan yang telah Allah janjikan untuk kita supaya selamat sejahtera di sepanjang masa kehidupan kita. Cahaya inilah yang kita namakan taufik hidayah yang memimpin manusia ke arah petunjuk Tuhan yang esa.