Posts

Showing posts with the label kematian

Pandangan Islam : Penyebaran Gambar Yang Sadis (Kesan Jenayah, Kemalangan, DLL) yang mengaibkan mangsa serta keluarga

Image
Berita Tentang  Kematian seorang pegawai AmBank baru-baru ini teramat tragis. Di facebook, wassApp dan lain-lain media terang-terangan menyebarkan gambar serta video clip yang tidak sepatutnya boleh berlaku sedemikian tanpa ada sebarang tapisan...@ kawalan yang ketat. Minta pihak berwajib bersegera mengambil tanggung jawab ini..SEBAIK-BAIKNYA... SILA BACA PANDANGAN UST ZAHARUDDIN Thursday, 11 October 2007 18:00 Hits: 23983 Pandangan Islam Berkenaan Sebarkan Gambar Post Mortem Nurin Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Agak heboh perihal gambar bedah siasat Al-Marhumah Nurin Jazlin Jazimin yang disebar melalui email. Menurut  agakan rambang saya, orang yang mula-mula menyebarkannya mungkin terlalu tertekan menyimpan gambar kedahsyatan itu sehingga tidak mampu bertahan untuk menanggung perasaan sedih, kecewa dan tekanan berseorangan. Keadaan ini mungkin menyebabkan ia mengambil keputusan untuk berkongsi perasaan ...

Orang lain tak TAU, tapi Aku tahu apa yang sebenarnya telah aku buat....

Image
Di kisahkan oleh anak saudaraku yang bernama IQBAL (sekarang sedang belajar di Asia Tengah hampir masuk 2 tahun). Semasa dia belajar di Darul Quran, Selangor...seorang ustaz menceritakan suatu kisah seorang kaya raya di negeri Arab..yang amat takut kepada KEMATIAN. justeru itu di ambang kematiannya diwasiatkanlah kepada anakandanya supaya mencari seseorang yang boleh menemaninya di dalam kubur selama 1 hari. Bayaran upah sebanyak mana pun boleh asalkan peneman tersebut setia bersama-samanya selama 1 hari. Tibalah saatnya KEMATIAN ayahanda tersayang tidak dapat tidak berlaku tanpa dapat dihalang oleh sesiapa, walaupun wang berjuta dan hartabenda bertimbun tidak boleh menolong untuk menebus nyawanya walau satu minit. SUSAH PAYAH lah anakanda orang kaya tersebut mencari dan mendapatkan seorang peneman kubur. ALHAMDULILLAH..ada seorang miskin yang kerjanya mencari kayu api yang amat tekun bekerja mencari kayu api tersebut di hutan setiap hari. Kubur disediakan 2 liang lahad, satu untuk...