Posts

Showing posts with the label suci

MARI MENDENGAR, BELAJAR DAN MENGKAJI ILMU DI SINI

Image

TRAVELOG KT33_siri2

Image
Sambungan cerita.......dari......Travelog KT33 Dek telingaku terdengar berdebab bedebuk langkah kaki manusia yang tidak sedikit bilangannya. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya di Raudah amat ketara jagaan keluar masuk ahli jemaah haji ke dalam sana. Polis yang berunifom lengkap bewarna hijau segak mengawal partition yang mempunyai pintu tertentu yang hanya dibuka pada waktu yang telah ditentukan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Bagi jemaah lelaki, waktu melawat raudhah ialah selepas asar hingga lewat isyak yang di situ terdapat maqam Rasulullah dan juga berdirinya mimbar rasulullah. Semuanya berada di sebelah kiri bahu posisi tubuh kita jika berdiri mengadap kiblat. Manakala jemaah wanita boleh melawat Raudhah pada waktu pagi selepas dhuha hingga sebelum zohor. Bunyian Berdebab berdebuk adalah larian telapak kaki jemaah yang berebut-rebut memasuki ruangan Raudhah untuk mendapatkan saf untuk solat berhampiran dengan Mimbar Rasulullah. Semasa berada di dalam raudhah, biasanya ...

IBADAH HAJI WAJIB DITUNAIKAN SEKALI SEUMUR HIDUP

Image
Muslim yang terleka mengumpulkan harta dunia (BERTUKAR kereta, MEMBESAR rumah, MENAMBAH KOLEKSI kedai, perniaagan dll lagi) yang tidak mahu memikirkan simpanan khusus bagi menyediakan dirinya untuk layak menunaikan haji adalah dalam kerugiaan yang nyata. JIka anda mengumpul wang paling banyak RM200 sebulan yang bergaji RM2000~3000 pun akan terkumpul sebanyak RM2400 setahun. Bila mencapai10 tahun akan jadi RM24000..................BULEH SANGAT DOH KALU NAK BUAT LAGU TU.....INSYAALLAH...

BAGAIMANA STATUS SOLAT KITA HINGGA KE AKHIR HAYAT

Image
Dalam berbilion manusia di dunia ini ada yang beragama islam diiktiraf sebagai muslim, daripada ramai muslim itu ada yang yang kuat imannya yakin percaya kepada ajaran agama disebut mukmin. Daripada ramai-ramai mukmin itu ada yang benar-benar yakin percaya serta beramal ibadah disebut muttaqin dan yang sebenar-benar beribadat secara ikhlas kerana Allah (tahu tujuan dan kaedah melaksanakannya) mengikut sunnah rasulullah dinamakan mukhlisin . Status kita terletak diperingkat mana? Setelah kita cukup umur atau baligh, semua kelakuan ibadat sama ada solat, puasa, zakat dan haji semuanya kita belajar dan dah ada juga telah kita praktikkan sesempurna yang kita anggapkan. Tetapi adakah terfikir oleh kita bagaimana hendak menyempurnakan lagi seterbaik mungkin semua amalan ibadat tersebut agar diterima sepenuhnya oleh Allah swt. Lihatlah solat 5 waktu yang kita lakukan sehari-hari… Rata-rata orang muslim melakukan solat sekadar ikut-ikutan iaitu melakukan sepertimana orang lain...

SAJAK

KEPULANGAN Di saat kegelapan meniti jurang yang curam Mencari setitik cahaya menerangi jalan Tak pasti ditemui kegembiraan Meneliti dan terus mengkaji arah ketenangan Mencuba dan terus mencuba mengenali bayangan Bayangan terzahir impian kenyataan Disambut batin rasa kesyahduan Ucapan salam seluruh kehidupan Kedamaian rasa kebahagiaan jiwa Ku sujud solat ku iringi zikrillah Mengadap Ilahi yang tiada zat setanding Ku buang segala kebesaran dan semua kekayaan Pada diriku ku buang semuanya. Sebenarnya Tuhanlah yang Terkaya dan Termulia Semua manusia darjat sama, tak kira siapa Umpama pengemis merintih ditangga sikaya Menghulur tangan cemar meminta sesen dua Qiam melihat diri yang tiada berpunya apa Walau seurat hitam sibulu roma Sehingga kini tak pernah bersua Tuhan Yang Kaya Cuma sujud dan rukuk bila tiba waktu yang lima Tak tahu lalai dan khusyuk mengadap diriNya Tak tahu ditolak atau terima tak pernah diberi keputusannya Ingin ku kembali berjumpaNya Tapi...

Hari Ini adalah Saki Baki 2011

Apakah kita sudah berpuas hati dengan apa yang kita telah laksanakan sepanjang 2011 ini? Sebagai seorang muslim mukmin yang sebenar.... mesti ada cita-cita disebalik nama muslim mukmin itu yang mempunyai peruntukan yang sewajarnya kita sempurnakan untuk meletakkan setaraf diri kita dengan nama tersebut. Benarkah kita sudah menjadi seorang mukmin yang sebenar????

INGINKU SEKETIKA BERSAMAMU RASULULLAH

Image
"LAU KANA BAINANA............SEANDAINYA MASA INI RASULULLAH MASIH BERADA BERSAMA-SAMA KITA"......... APAKAH PERASAAN KITA ???? Sebahagian dari foto-foto berikut dipetik dari moeflich.wordpress.com.....sila layari Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW: Yang Menggetarkan, Menyentuh Qalbu Menambah Cinta!!  INSYAALLAH.... MARILAH SAMA-SAMA BERSALAWAT KEATAS BAGINDA SAW.  Bila kita berjauh jarak dengan Nabi Muhammad saw yang berbentang waktu 1.400 tahun… bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui shalat, shalawat-shalawat  dan do’a-do’a yang kita lantunkan, kita memohon  syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya adzab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Nabi Agung, Kekasih Allah dan pemimpin yang berperibadi mulia panutan al...

KEBESARAN CINTA ILAHI

Setiap hari kita sedar dari tidur. Apa yang kita cari ialah cahaya. Cahaya yang menerangi penglihatan kita. Jika gelap, tiada apa yang kita boleh lihat. Untuk melihat jari jemari kita pun, kita merasai amat lemah, untuk bergerak ke sana ke mari pun kita bimbang. Begitulah suasana jika kita berada dalam kegelapan. Allah swt telah mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai orang yang membawa cahaya sebenar kepada umat manusia akhir zaman. Cahaya Ilahi ini adalah suatu yang amat-amat kita perlukan untuk menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Jika kita ingin berterusan di dalam kegelapan bermakna kita telah menolak tuah atau mengingkari ketetapan yang telah Allah janjikan untuk kita supaya selamat sejahtera di sepanjang masa kehidupan kita. Cahaya inilah yang kita namakan taufik hidayah yang memimpin manusia ke arah petunjuk Tuhan yang esa.

KERJAKANLAH HAJI SEMASA UMUR MUDA

Image
Rukun Islam yang ke 5 ialah menunaikan haji di Baitullah, Tanah suci Mekah al Mukarramah.Kerja haji memerlukan tenaga dan belanja yang secukupnya demi menjamin terlaksananya ibadat tersebut dengan jayanya. Tanpa tenaga yang utuh memungkinkan haji seseorang itu menemui kesulitan dan terpaksa menggunakan wakil untuk menyudahkan segala rukun dan syarat-syarat wajib haji. Fikirkanlah seorang yang tak biasa bersesak-sesak dengan jumlah manusia berjuta orang ramainya dan dengan usia yang lebih dari separuh abad mencelah-celah mencari laluan tawaf. Duyufurrahman (tetamu Allah) ini terpaksa berjuang mengelilingi baitullah (kaabah) sebanyak 7 pusingan dengan keadaan berwuduk. Berapa kilometerkah jaraknya jika dia berada di pusingan paling luar? Bagi mereka yang memang tak boleh berjalan atau berlari, laluan tawaf disediakan di tingkat atas masjidil haram. Kalau nak dikira, lagi bertambah kilometer. Tapi walaubagaimanapun ada orang yang mengambil upah menolak jemaah yang uzur menggunakan kerusi ...