Posts

Showing posts with the label haji

TRAVELOG KT33_siri2

Image
Sambungan cerita.......dari......Travelog KT33 Dek telingaku terdengar berdebab bedebuk langkah kaki manusia yang tidak sedikit bilangannya. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya di Raudah amat ketara jagaan keluar masuk ahli jemaah haji ke dalam sana. Polis yang berunifom lengkap bewarna hijau segak mengawal partition yang mempunyai pintu tertentu yang hanya dibuka pada waktu yang telah ditentukan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Bagi jemaah lelaki, waktu melawat raudhah ialah selepas asar hingga lewat isyak yang di situ terdapat maqam Rasulullah dan juga berdirinya mimbar rasulullah. Semuanya berada di sebelah kiri bahu posisi tubuh kita jika berdiri mengadap kiblat. Manakala jemaah wanita boleh melawat Raudhah pada waktu pagi selepas dhuha hingga sebelum zohor. Bunyian Berdebab berdebuk adalah larian telapak kaki jemaah yang berebut-rebut memasuki ruangan Raudhah untuk mendapatkan saf untuk solat berhampiran dengan Mimbar Rasulullah. Semasa berada di dalam raudhah, biasanya ...

SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAT DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Salam berbahagia untuk semua umat nabi Muhammad Saw, Di hari baik dan bulan baik pada tahun 1433 Hijrah ini, mudah-mudahan kita sempat meneruskan lagi rutin kita sebagai seorang hamba Allah SWT, melaksanakan ibadah yang terbaik untuk memastikan Allah redha dan menerima kita sebagai seorang hamba yang taat dan layak bagi ditempatkan kita ke SyurgaNya kelak. Sebenarnya untuk apa kita semua berlomba-lomba mengejar masa melakukan ibadat yang berganda-ganda pada ramadhan ini? Apakah kita buat sekadar ikut-ikutan atau untuk dipertontonkan kepada kawan dan jiran kita bahawa, bulan inilah ibadat yang sebenar-benarnya patut kita perbanyakkan.  Berpenat lelah siang hari berpuasa dan di malamnya pula bertarawikh. Untuk mendapat pahala bukan sesuatu yang mudah. Sekiranya kita membuat sesuatu perkara ibadat tanpa mengetahui kaedah dan tujuannya yang sebenar. maka ibadat itu seolah-olah tidak ada makna apa-apa dan yang dapat pada kita cuma penat dan lapar atau bersuka-suka sahaja. Bukan i...

KERJAKANLAH HAJI SEMASA UMUR MUDA

Image
Rukun Islam yang ke 5 ialah menunaikan haji di Baitullah, Tanah suci Mekah al Mukarramah.Kerja haji memerlukan tenaga dan belanja yang secukupnya demi menjamin terlaksananya ibadat tersebut dengan jayanya. Tanpa tenaga yang utuh memungkinkan haji seseorang itu menemui kesulitan dan terpaksa menggunakan wakil untuk menyudahkan segala rukun dan syarat-syarat wajib haji. Fikirkanlah seorang yang tak biasa bersesak-sesak dengan jumlah manusia berjuta orang ramainya dan dengan usia yang lebih dari separuh abad mencelah-celah mencari laluan tawaf. Duyufurrahman (tetamu Allah) ini terpaksa berjuang mengelilingi baitullah (kaabah) sebanyak 7 pusingan dengan keadaan berwuduk. Berapa kilometerkah jaraknya jika dia berada di pusingan paling luar? Bagi mereka yang memang tak boleh berjalan atau berlari, laluan tawaf disediakan di tingkat atas masjidil haram. Kalau nak dikira, lagi bertambah kilometer. Tapi walaubagaimanapun ada orang yang mengambil upah menolak jemaah yang uzur menggunakan kerusi ...