Perjalanan Kita Tak Serupa


Setiap manusia ada cita-cita. Cita-cita terbina bila ada sesuatu rasa di jiwa inginkan sesuatu dimiliki atau dikuasai. Semua manusia tidak sempurna atau dengan lain perkataan merasai tidak cukup dengan apa yang ada di sisi.

Kehidupan dilalui dengan liku-liku kegembiraan dan kesedihan. Mengapa begitu dan mengapa begini, itulah pelbagai persoalan yang menghujani batin fikiran kemanusiaan. Tak kira siapa. Samada dia adalah insan kecil sehinggakan seorang manusia yang berjawatan besar serta berusia veteran yang berbaki usia sehampir 2 ke 3 tahun ke 100 tahun.

Marilah kembali kepada Tuhan. Seandaikan sesekali kita terlintas di hati ini merasai betapa sudah lama kita menghuni alam buana ini tetapi masih tidak mengenal siapa Tuhan yang selama ini menjaga dan mengasuh kita sehingga menjadi seorang yang amat penting di mata kawan dan lawan. Tidak teringinkah kita tujukan segala impian, harapan, rasa gembira rasa kesedihan dan pelbagai rasa ini kepada suatu yang kekal abadi?.. Hentikan sejenak pandangan keduniaan, kosongkan fikiran yang menerawang kepada kebendaan dan pengaruh keangkuhan di singgahsana takhta kebesaran. Tumpukanlah persoalan yang sebenarnya sepatutnya wujud di dalam hati sanubari seorang manusia yang tahu dan sedar erti membalas jasa kepada orang yang selama ini telah berjasa memberikan segala-galanya kepada kita sehingga kita senang lenang dengan anak pinak, harta, pangkat dan pekerjaan yang sentiasa diutamakan dalam ingatan kita.

Allah swt adalah Tuhan yang menciptakan kita, DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita semua akan dijemput menemuiNya di alam abadi nanti. Tuhan menciptakan kita bukan sia-sia. Kita pula sebagai seorang manusia seolah-olah tidak mempunyai kaitan apa-apa denganNya walaupun secara tidak sedar kita sendiri seperti mengiakan keadaan seperti itu bila dilihat di dalam tingkah laku kita seharian. Allah bukanlah menciptakan kita dan melepaskan kita ke dunia begitu sahaja serta membiarkan kita buat mengikut apa saja kemahuan kita masing-masing. Jangan fikir dengan kita ada akal fikiran maka kita pandai buat apa sahaja dan tidak perlu kepada petunjuk jalan dari Tuhan. Sebenarnya Rasul diutuskan Tuhan untuk mengatur kehidupan manusia supaya bergerak di atas landasan kebenaran yang merupakan puncak tujuan menuju keredhaan Tuhan. Tuhan inginkan manusia berjaya di dunia dan akhirat dengan mengikut jejak langkah rasul yang diajarkan kepada sahabat-sahabat nabi. Diwariskan ilmu kepada tabien serta kepada tabien-tabein. Kini sudah 1437 tahun rasul meninggalkan kita, jadi pewaris nabi kini ialah ulama-ulama yang muktabar.

Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK