Posts

Politeknik Kota Bharu JUARA IKON VARSITI BH 2012

Image
             One Mission Polytechnic telah berjaya dinobatkan selaku JUARA Ikon Varsiti Berita Harian 2012 Kategori Kumpulan Program Khidmat Sosial Luar Negara yang membawa pulang hadiah wang Tunai RM 5000, Trofi serta Sijil anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Berita Harian. Kemenangan ini telah diadili menerusi undian pembaca setia Berita Harian serta Majlis Profesor Negara (MPN). Peserta telah menganjurkan program Sukarelawan Politeknik Malaysia Peringkat Antarabangsa 2011 pada 5-10 Disember 2011 bertempat di Kampung Croi Menteri Phnom Penh Cambodia. Peserta telah berjaya mencipta dan membina 3 set penapis air bagi kemudahan secara berterusan kepada hampir 6000 penduduk yang sebelum ini hanya menggunakan bekalan air daripada Sungai Mekong yang kotor dan keruh. Menerusi program inovasi pintar ini maka penduduk dapat menikmati air bersih serta menjana pendapatan Tabung Masjid. Pihak ...

MAHAZARI DALAM KENANGAN

Image
Pada Rabu, 26 Disember 2012, merupakan suatu hari yang penuh  nostalgia buat seluruh staf JKM dan semua warga PKB amnya.  Mantan Ketua Jabatan yang amat dikagumi serta dikasihi  Tn. Hj Mahazari Mohd Zain   bersama  4 orang staf JKM yang juga diraikan; En. Nik Dazuki Abd Rashid, En. Remly Othman, En. Zamri Ahmad dan Isteri, Pn Halimah akan berpindah dari PKB hujung tahun ini. Majlis perpisahan tersebut berlangsung secara sederhana tapi penuh syahdu di Restoran New Horizon Wakaf Che Yeh pada 12.00 tgh  dan  turut dihadiri oleh Tn. Haji Azahan Daud,Timbalan Pengarah (Sokongan) serta hampir keseluruhan warga jkm bersama turut menyerikan majlis. Haji Mahazari (15 tahun khidmat di PKB) memberi beberapa pesanan agar warga sama-sama meningkatkan amalan agama masing-masing  terutamanya solat. Rancanglah sembahyang  berjemaah di masjid bilamana azan dilaungkan. Singgahlah dirumah Allah untuk solat sekejap walaupun kita dalam per...

SIAPAKAH YANG DIALUN BAYU

Image
Seorang pendekar memiliki satu ilmu menunduk lawan secara kekerasan seolah-olah ilmunya itu membentuk satu pukulan taufan yang deras mengenai sasaran yang akhirnya lawan tersebut akan mudah kecundang dengan pukulan yang amat dahsyat itu sehingga jasad lawan dilambung-lambung dan dihempas hingga berkecai-kecai. Manakala seorang pendekar lagi tidak memiliki kelebihan zahiriah seperti pendekar pertama cuma pandai bermain muzik menggunakan siulan mulut yang akan mengasyikkan telinga dan hati sesiapa saja yang mendengarkannya. Pendekar pertama mencabar pendekar kedua, namun pendekar kedua menolaknya kerana buat apa nak berlawan kerana mereka semua saudara seislam...tak baik bermusuh-musuhan...Islam melarangnya. Ketika mereka mencari jalan bagaimana nak menentukan siapakah yang lebih handal dalam ilmu persilatan tiba-tiba terdengarlah seekor beruk menjerit dan melompat-lompat di atas pokok durian bersebelahan dengan mereka berdiri. Pendekar pertama dengan bangga menawarkan kepada pende...

Hukum Wanita Kerjaya Beserta Keputusan Majlis Fiqh Dunia

Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.  Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :- للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 ) Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :- ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306) Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif : من بات كالاًّ من عمل يده بات مغفورًا له Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT" ( Riwayat Ibn 'Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak aku...

MARI MENDENGAR, BELAJAR DAN MENGKAJI ILMU DI SINI

Image

TRAVELOG KT33_siri2

Image
Sambungan cerita.......dari......Travelog KT33 Dek telingaku terdengar berdebab bedebuk langkah kaki manusia yang tidak sedikit bilangannya. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya di Raudah amat ketara jagaan keluar masuk ahli jemaah haji ke dalam sana. Polis yang berunifom lengkap bewarna hijau segak mengawal partition yang mempunyai pintu tertentu yang hanya dibuka pada waktu yang telah ditentukan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Bagi jemaah lelaki, waktu melawat raudhah ialah selepas asar hingga lewat isyak yang di situ terdapat maqam Rasulullah dan juga berdirinya mimbar rasulullah. Semuanya berada di sebelah kiri bahu posisi tubuh kita jika berdiri mengadap kiblat. Manakala jemaah wanita boleh melawat Raudhah pada waktu pagi selepas dhuha hingga sebelum zohor. Bunyian Berdebab berdebuk adalah larian telapak kaki jemaah yang berebut-rebut memasuki ruangan Raudhah untuk mendapatkan saf untuk solat berhampiran dengan Mimbar Rasulullah. Semasa berada di dalam raudhah, biasanya ...