SIAPAKAH YANG DIALUN BAYU
Seorang pendekar memiliki satu ilmu menunduk lawan secara kekerasan seolah-olah ilmunya itu membentuk satu pukulan taufan yang deras mengenai sasaran yang akhirnya lawan tersebut akan mudah kecundang dengan pukulan yang amat dahsyat itu sehingga jasad lawan dilambung-lambung dan dihempas hingga berkecai-kecai. Manakala seorang pendekar lagi tidak memiliki kelebihan zahiriah seperti pendekar pertama cuma pandai bermain muzik menggunakan siulan mulut yang akan mengasyikkan telinga dan hati sesiapa saja yang mendengarkannya. Pendekar pertama mencabar pendekar kedua, namun pendekar kedua menolaknya kerana buat apa nak berlawan kerana mereka semua saudara seislam...tak baik bermusuh-musuhan...Islam melarangnya.
Ketika mereka mencari jalan bagaimana nak menentukan siapakah yang lebih handal dalam ilmu persilatan tiba-tiba terdengarlah seekor beruk menjerit dan melompat-lompat di atas pokok durian bersebelahan dengan mereka berdiri. Pendekar pertama dengan bangga menawarkan kepada pendekar kedua supaya menjatuhkan atau menewaskan dahulu beruk tadi. Pendekar kedua terus mempersilakan pendekar pertama memulakan dahulu sesi uji bakat kehandalan ilmu silat yang ada. Tanpa melengahkan masa pendekar pertama menghantar jurus pukulan pertama kepada beruk tersebut, namun beruk dapat mengelak. Berguguran durian yang masih putik bergelimpangan ke bumi. Beruk tadi sempat bergayut di dahan pokok yang bersebelahan melarikan diri. Dipendekkan cerita....sudah 10 jurus dikeluarkan untuk menewaskan beruk bertuah itu namun pendekar pertama semakin merasa malu kerana kehandalannya kini tercalar akibat kesilapan dan keangkuhannya tidak mujarab hari itu. Lalu pendekar pertama mempersilakan pula pendekar kedua mencuba nasib yang belum tentu berhasil ataupun sebaliknya.
Pendekar kedua mengeluarkan sesuatu dari bungkusan yang dibawanya. Rupa-rupanya ada sesikat pisang jelai yang sungguh sedap jika dimakan begitu saja.... Dia bersiul-siul memanggil beruk tersebut dan mempamerkan dirinya sebagai kawan bukannya musuh. Dicampakkan pisang sebiji demi sebiji. Beruk tadi amat gembira dan terus makan dengan gelojoh satu demi satu. Pendekar kedua terus memainkan peranannya bersiul memainkan lagu syahdu menghiburkan hati sesiapa yang mendengarnya termasuklah beruk terus dibuai bayu lagu syahdu sehingga kedua-dua mata beruk menjadi kuyu dan semakin kuyu dan akhirnya....tiba-tiba bedebuk seekor beruk yang liar tadi sudah hilang tuahnya...mati terbunuh dek jatuh dari pokok durian...
Manusia sekarang seperti cerita ini, Di Syiria, Palestine, Afganistan dan lain-lain negara bergolak dengan peperangan dan penindasan. sentiasa diburu rasa takut. Wanita-wanita dipaksa oleh tentera zionis menanggalkan pakaian dan ada yang dibogelkan kerana dituduh menyimpan senjata ditubuh mereka. Mahu tidak mahu apabila senjata api dihala ke kepala, terpaksa merelakan diperapa-apakan saja asalkan nyawa selamat. Budak-budak mereka amat berani mengadai nyawa demi agama dan bangsa..mereka mati terbunuh akibat dibedil sewenang-wenangnya. Mereka berani melawan sedaya upaya dan sanggup mati asalkan maruah tidak tergadai. Biar senjata hebat macamana sekali pun mereka terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir
Di sini lain pula ceritanya, ramai mati kerana kecelakaan di jalan raya. Bebudak yang lahir tanpa bapa yang sah dicampak merata-rata. Tak kira di masjid, dalam tandas, bersama sampah disungai dan lain-lain lagi. Kalau dengar suara mengiau-ngiau jangan dituduh kucing, baik pergi intai dulu... anak kucing ke atau anak manusia. Sayu sungguh rasa di jiwa. Wanita-wanita tak kira yang bekerja atau ada dok di rumah sajjo. Bila keluar rumah tak ada siapa suruh bogel atau belah sana sini..tak ada zionis hala muncung senjata di kepala nak check ada pistol ke atau bom ker dalam kain dan lain-lain.. Mereka senang lenang membuka dada dan peha mereka suruh jantan tengok.. Kalau tak naik perasaan "raaa" tu mungkin kurang lelaki lah apatah lagi bila terjelas susuk tertentu tu yang putih melepak dan bergebu ......
Marilah kita sama-sama hitung diri kita semua yang rata-rata telah terleka dengan alunan bayu barat yang amat mengasyikkan hingga terlupa SIAPAKAH DIRI INI YANG SEBENARNYA.
Comments