Bersihkan hati Tawaddhukkan Jasad


Sehari-hari kita melaksanakan sesuatu yang mengikut kehendak hati serta daya upaya kita. Bila lapar, makan.. Bila sakit...berubat hingga sembuh, bila panas..berteduh di tempat yang selesa...bila apa-apa saja atau pelbagai keadaan saja kita mula bertindak untuk mengubah keadaan yang dari tak seronok menjadi seronok dan lebih seronok. Timbullah persoalannya ...apabila kita melakukan amalan yang baik itu.terhadap orang lain..adakah ianya diterima oleh Allah sebagai amal kebajikan yang benar-benar dilakukan secara ikhlas yang wujud dari hati sanubari kita yang sedar atau sekadar untuk menzahirkan kebaikan kita atau untuk memasyhurkan diri sendiri.dipandangan mata kasar orang sekeliling..Wallahuallam.

Apa yang nak dikongsikan ialah  :-

1) Sekiranya kita buat sesuatu amalan kebaikan untuk tolong orang lain pada hari itu... 'ingatan' tentang kebaikan itu hilang pada masa itu juga..ini tandanya kita buat secara betul-betul ikhlas lillahita'ala seolah-olah kesemua kebaikan kita itu telah diangkat oleh malaikat dan sudah tiada pada diri kita...

2) Sekiranya kita buat sesuatu amalan kebaikan  pada hari itu...ingatan tentang kebaikan itu berlegar-legar di fikiran kita pada hari itu dan juga hari-hari lain dan mungkin sampai sekarang masih terbayang lagi kebaikan itu. Ini tandanya kebaikan itu masih bertempel pada diri kita dan seolah-olah tiada malaikat datang untuk mengambil amalan itu kerana keikhlasnya hati kita itu mungkin mencurigakan.

Sesungguhnya jika kita semua melakukan kebaikan..janganlah menceritakannya atau mengheboh-hebohkan kepada orang lain..kerana Allah Tuhan yang maha kaya dan pandailah Allah rancang untuk menghebohkan kebaikan kita itu kepada orang-orang lain yang sepatutnya.

Kalau kita buat kejahatan pula, kita sembunyikannya dengan sesulit-sulitnya sehingga tiada seorangpun yang berbau (tahu) tentang hal itu..Tapi awas walaubagaimanapun suatu masa nanti Allah akan zahirkan ia kepada orang ramai.. kalau tidak di dunia,,pasti di akhirat nanti akan terbocor juga rahsia kejahatan kita itu walau siapapun kita..

Saya berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat semua ...marilah kita sama-sama memohon taubat kepada Allah agar diselamatkan kita dari dimalukan di akhirat nanti..


Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK