DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER
2.1 MENGENALPASTI PERANAN KOMPUTER SEBAGAI SATU UNSUR KAWALAN 2.1.1 PERANAN KOMPUTER DALAM SISTEM KAWALAN Penggunaan komputer digital sebagai satu unsur kawalan telah dimulakan pada akhir tahun 1950an. Penggunaan komputer terus-menerus berkembang mengikut keperluan industri dalam sektor-sektor yang tertentu. Pada asalnya kawalan analog (analog controller) dan relay system digunakan dalam proses pengawalan kerana komputer pada masa itu masih asing (kurang dikenali) oleh manusia, kalau adapun ianya terlalu mahal dan amat perlahan operasinya malahan kosnya lebih mahal berbanding kos proses itu sendiri. Sekitar tahun 1960, komputer digital mula menggantikan kawalan analog di dalam menguruskan operasi pengawalan. Seterusnya pada tahun 1970an timbul pula ‘Programmable Logic Control’ berasaskan kawalan discrete yang menjadi sistem pilihan menggantikan ‘Relay bank control’. Akhirnya, komputer yang lebih maju teknologinya wujud pada era tahun 1960 hingga 1970an yang ma
Comments