Posts

BILIK SEWA MURAH DI MULONG KOTA BHARU KELANTAN

Image
 Assalamualaikum .  Kami mempunyai satu rumah teres yang mempunyai 3 bilik sewa. hanya untuk PEREMPUAN sahaja. Sekarang  Bilik tengah masih kosong. Rumah ini berhampiran UM Nilam Puri dan Kias.  Sewa RM200/bulan beserta bayaran elektrik dan air . Sila hubungi 019-9367432 dengan segera untuk kemasukan bulan April 2023 Ruang tamu yang luas dan selesa Ruang parking tertutup dan berpagar untuk 3 buah kereta Ruang dapur beserta kabinet yang menawan Bilik tidur tengah disediakan katil bertaraf hotel yang selesa  Bilik tidur tengah dari pandangan luar pintu Tandas duduk Koordinat GPS :- Latitud 6.03928 & Longnitud 102.2333 Berhampiran dengan:- MYDIN TERBESAR ASIA TENGGARA                        (2 km : 2 minit sahaja) Pasar Borong  WAKAF CHE YEH                                  (5 km : 6 minit sahaja) Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail ,KIAS               (1 km : 3 minit sahaja) TEMAN  (RTC)                                                              (3 km :  4  minit sah

MANUSIA CARI DUNIA atau DUNIA CARI MANUSIA

Image
Nasib diri seseorang manusia tak selalunya gembira atau senang lenang. Manusia dijadikan Allah untuk diuji setakat mana dia mampu menghadapi ujian kesenangan dan kesusahan yang saban hari mendampingi kehidupan awal hingga ke akhirnya. Banyak nikmat yang tuhan sediakan dan berikan kepada kita manusia dan mempergunakan serta mengambil pelbagai manafaat darinya. Jika kita sedar semua nikmat itu bukanlah percuma dan bukanlah semua yang kita dapat hanya asbab kerja keras kita semata-mata. Semuanya itu bergantung kepada keizinan Allah yang Maha kaya. Kesyukuran kita di atas nikmat tuhan itu lantas menzahirkan kesyukuran dengan meningkatkan ibadat dan berusaha merapatkan hubungan kita denganNya sebagai hubungan hamba dan Tuhan semesta alam. Mendapat keredhaan serta keampunan tuhan di atas segala salah silap kita yang penuh dosa ini amat-amat penting difikirkan sebelum ianya terlambat atau kita menyedarinya selepas nyawa terakhir telah sampai di hujung tenggorokan. Jangan mudah berpuash

MAMA YATI DALAM KENANGAN

Image
Secangkir jernih air mawar mewangi membasahi pusara senja, Meratapi pembaringan sepi sang ratu hati ayah bonda dan dinda, Perginya yang takkan kembali lagi menghiasai taman ceria, Di persada maya yang kian pesat dilanda nesta. Baktimu tiada ketara menghulur seribu satu cakna, Membina sanubari ceria ayah bonda dan dinda, Meredakan semua tutur cemuh tetangga, Menjulang keluarga ke puncak insan dimulia. Walaupun diri tidak seberapa berharta, Istana kecil indah milik ayah bonda, Sungguhmu demi bonda dan dinda    membela, Menjadi insan budiman dan beragama. Anak didikmu bertebaran merata dunia, Bergelar manusia hebat lagi berguna, Kerana usaha gigihmu tak kira masa, Semoga setiap jasamu Allah redha. Wahai semua saudara taulan MAMA YATI, Lantunlah Al Fatihah dengan sebenar-benar menghayati, Hadiahkanlah pahalanya niatkan kepada Ilahi, Semoga setiap doa dan istighfar ini   Allah memberkati. (15 hari telah kembali ke rahmatullah. Menghe

IBU BAPA , GURU, PENSYARAH DAN ANAK DIDIK YANG DISAYANGI

Image
Mendidik manusia bukanlah semudah yang disangka. Seorang zuriat yang dilahirkan adalah amanah yang amat besar anugerah dari Allah swt kepada ibu dan bapa. Ke mana dan bagaimana watak seseorang anak yang terbentuk suatu hari nanti sedikit sebanyak adalah dipengaruhi oleh didikan ibu bapa yang membesarkannya. Watak kasih sayang, belaian manja, bengis garang, lemah lembut, mengarah itu dan ini seorang ayah dan ibu menjadi asam garam dan asin pahit dalam kehidupan mengajar dan belajar seorang anak yang dibimbing demi memastikan mereka menjadi bakal hamba Allah yang berguna serta baik budi dan tinggi akhlak peribadi terhadap sesama insan disekelilingnya. Selain ibu bapa individu yang tidak kurang penting di dalam menyemai sikap dan sifat murni kepada mereka ialah guru-gurunya dari peringkat tadika, sekolah rendah, menengah sehinggalah ke Institut Pengajian Tinggi. Pensyarah dan Penasihat akademik yang mengajar Ilmu dunia dan menasihat mendidik kefahaman agama sedikit sebanyak memban

POWER TRANSMISSION

POWER TRANSMISSION ATAU DALAM BAHASA MELAYU KITA SEBUT PENGHANTARAN KUASA. https://www.youtube.com/watch?v=KB11OmOoer4 Allah ciptakan makhluknya bukan dengan sia-sia. Setiap apa yang ada di mana sahaja samaada di darat, di laut atau di langit atau di dalam bumi semuanya ada manafaatnya, sehinggakan senipis bulu roma di badan setiap manusia ada fungsinya. Contohnya bila manusia berada di dalam cuaca panas, bulu roma itu akan condong merapatkan dirinya kepada kulit atau dalam kata lain reroma tersebut memerangkap sedikit sahaja udara sekitar supaya tidak menjadi penebat kepada kepanasan. Manakala sekiranya cuaca sejuk berlaku reroma di badan akan berinteraksi dengan alam ini dan menegakkan diri menjauhkan hujungnya dari kulit yang sedikit sebanyak memerangkap udara sekitarnya menjadi penebat kepada kesejukan. Betapa hebatnya kuasa Allah yang menciptakan makhlukNya ini. Dalam mencari kesempurnaan hidup ini dan jelasnya setiap manusia sentiasa mencipta sesuatu kaedah atau ala

Perjalanan Kita Tak Serupa

Image
Setiap manusia ada cita-cita. Cita-cita terbina bila ada sesuatu rasa di jiwa inginkan sesuatu dimiliki atau dikuasai. Semua manusia tidak sempurna atau dengan lain perkataan merasai tidak cukup dengan apa yang ada di sisi. Kehidupan dilalui dengan liku-liku kegembiraan dan kesedihan. Mengapa begitu dan mengapa begini, itulah pelbagai persoalan yang menghujani batin fikiran kemanusiaan. Tak kira siapa. Samada dia adalah insan kecil sehinggakan seorang manusia yang berjawatan besar serta berusia veteran yang berbaki usia sehampir 2 ke 3 tahun ke 100 tahun. Marilah kembali kepada Tuhan. Seandaikan sesekali kita terlintas di hati ini merasai betapa sudah lama kita menghuni alam buana ini tetapi masih tidak mengenal siapa Tuhan yang selama ini menjaga dan mengasuh kita sehingga menjadi seorang yang amat penting di mata kawan dan lawan. Tidak teringinkah kita tujukan segala impian, harapan, rasa gembira rasa kesedihan dan pelbagai rasa ini kepada suatu yang kekal abadi?.. Henti

ALLAH BERKUASA TENTUKAN PERATURANNYA WALAU DI MANA KITA @ SIAPA KITA

Image
Rujukan:  https://www.facebook.com/WanitaIkramJohor/photos/a.470418703064264.1073741834.256444264461710/508375002601967/?type=1   *Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com Kisah benar berlaku di Pakistan. Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan. Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat. Beliau pergi ke bilik peneran gan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?" Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam." Dr. Ishan setuju dengan cadan