Posts

MAJLIS PERPISAHAN.....LOVE PKB

Image
 SELASA, 29 Oktober 2013 merupakan suatu hari yang amat penting buat saya. Seorang sahabat yang amat saya raikan dan   kagumi iaitu Md Baharuddin bin Abdul Rahman dijemput hadir bersama di majlis jamuan makan tengahari di Restoran Syam di Kota Bharu. Majlis ini sengaja dibuat sempena   meraikan perpisahan dengan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal   semester akhir (Sem 6). Selama 3 tahun sebagai   Penasihat Akademik mereka dan bagai dah terbiasa dengan tingkah laku   serta   fi'il perangai mereka. Zulkifli Hassan adalah wakil kelas DKM6A.(ore Jeli). Beliau seorang pelajar yang baik dan ‘mudah basso’ sekiranya saya nak buat sesuatu program ‘very selamba’.   Turut hadir sama ialah Tn Haji Dr. Zamri Yusoff.   Beliau dan Md Baharuddin merupakan dua insan terpilih kerana mereka berdualah penggerak utama   dalam urusan RnD, pembentangan paper, penulisan dan penerbitan akedemik JKM di Politeknik Kota Bharu. Md Baharuddin telah berj...

Pandangan Islam : Penyebaran Gambar Yang Sadis (Kesan Jenayah, Kemalangan, DLL) yang mengaibkan mangsa serta keluarga

Image
Berita Tentang  Kematian seorang pegawai AmBank baru-baru ini teramat tragis. Di facebook, wassApp dan lain-lain media terang-terangan menyebarkan gambar serta video clip yang tidak sepatutnya boleh berlaku sedemikian tanpa ada sebarang tapisan...@ kawalan yang ketat. Minta pihak berwajib bersegera mengambil tanggung jawab ini..SEBAIK-BAIKNYA... SILA BACA PANDANGAN UST ZAHARUDDIN Thursday, 11 October 2007 18:00 Hits: 23983 Pandangan Islam Berkenaan Sebarkan Gambar Post Mortem Nurin Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Agak heboh perihal gambar bedah siasat Al-Marhumah Nurin Jazlin Jazimin yang disebar melalui email. Menurut  agakan rambang saya, orang yang mula-mula menyebarkannya mungkin terlalu tertekan menyimpan gambar kedahsyatan itu sehingga tidak mampu bertahan untuk menanggung perasaan sedih, kecewa dan tekanan berseorangan. Keadaan ini mungkin menyebabkan ia mengambil keputusan untuk berkongsi perasaan ...

ADAB BERJIRAN

Image
(Reference : www.dakwahpdf.blogspot.com) 1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan ucapan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. 2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga   menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda;  “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” ...

JF302 BAB 6- PLASTIK

Image
1.        DEFINISI Merupakan bahan organic polimer yang apabila dikenakan haba & tekanan yang mencukupi, ia berupaya untuk mengalir dan mengmbil bentuk yang diperlukan yang mana bentuk itu akan kekal apabila haba dan tekanan dihentikan. 2.        MONOMER Ialah asas kepada penghasilan plastic. Ia bermaksud satu bahagian (molekul-molekul kecil) dan sama saiz. Gabungan monomer akan membentuk polimer. Contoh monomer gas C 2 H 4 bergabung membentuk polimer. 3.        POLIMER Terjadi hasil daripada gabungan jutaan monomer yang membentuk molekul gergasi. Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakkan polimer adalah bahan organic. 4.        Proses penggabungan monomer disebut pemp...