Posts

MARI MENDENGAR, BELAJAR DAN MENGKAJI ILMU DI SINI

Image

TRAVELOG KT33_siri2

Image
Sambungan cerita.......dari......Travelog KT33 Dek telingaku terdengar berdebab bedebuk langkah kaki manusia yang tidak sedikit bilangannya. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya di Raudah amat ketara jagaan keluar masuk ahli jemaah haji ke dalam sana. Polis yang berunifom lengkap bewarna hijau segak mengawal partition yang mempunyai pintu tertentu yang hanya dibuka pada waktu yang telah ditentukan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Bagi jemaah lelaki, waktu melawat raudhah ialah selepas asar hingga lewat isyak yang di situ terdapat maqam Rasulullah dan juga berdirinya mimbar rasulullah. Semuanya berada di sebelah kiri bahu posisi tubuh kita jika berdiri mengadap kiblat. Manakala jemaah wanita boleh melawat Raudhah pada waktu pagi selepas dhuha hingga sebelum zohor. Bunyian Berdebab berdebuk adalah larian telapak kaki jemaah yang berebut-rebut memasuki ruangan Raudhah untuk mendapatkan saf untuk solat berhampiran dengan Mimbar Rasulullah. Semasa berada di dalam raudhah, biasanya ...

SAJAK : RINDU BAITULLAH

Saat itu ku rasa perlu Tabah hati ini Merenung manusia-manusia Meninggalkan si tua Mengengsot-engsot mencari lorong Telah berlumba si muda duduk di suasana selesa Ke Arafah, muzdalifah ataupun ke Mina Pesan sheikh muassasah Hormati orang-orang tua Bantu dan papah mereka yang mengengsot-engsot berkerusi roda Kerusi rodanya ada di bumbung sana Tongkatnya entah di mana Hiruk pikuk suasana di pasir panas menyengat kulit seluruhnya Sampai di Arafah Menangis hati melihat mereka Di mana rasa belas kesihan Di mana rasa hormat eshan cinta Berjalan berlumba meninggalkan si tua Yang seluruh usianya ingin mencari redha Dari awal hingga akhir mereka sama Ingin simpati dari rakan sanak saudara Keletihan, kehausan, mata semakin rabun Urat sarat semakin kendur dan tak bermaya Hendak ke Muzdalifah Selepas satu, satu lagi pergi meninggalkan Berilah peluang kepada si tua Berilah duduk si tua di kerusi itu Berdirilah si muda bantulah dia Bermanis mukalah jangan masam ...

Karnival Mahabbah IKIM.fm di KELATE

Image
Teruja jugak rasa hati ini bila cik Siti Rohani Surani mengucapkan "Terima kasih kerana datang ke Karnival Mahabbah IKIM" di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini. Ucapan ini masih teringat di sanubari. Saya dan famili yang sedari awal mencari-cari peluang untuk bersua mereka di bawah stage tidak berkesempatan kerana terlalu ramai peminat dari kalangan orang-orang vateren dan kanak-kanak yang berasakan mengelilingi mereka. Tetapi rezeki Tuhan tiada sapa yang tahu. Kami tidak terduga rupa-rupanya Allah telah memilih kami jua untuk terserempak dengan Dj celebriti IKIM ini serta orang tersohor seperti Ustazah Norhafizah Musa semasa mereka keluar dari kesesakan orang ramai di hujung lokasi. Didoakan agar DJ CT dan Ustazah Norhafizah sentiasa diberi keberkatan dan kesihatan yang baik oleh Allah dan sentiasa berusaha gigih demi menegakkan keredhaan Allah untuk masyarakat sekelian Wassalam..

Travelog KT33

Image
1429H/2008 menjadi tahun keramat bagiku untuk mengungkapkan satu nostalgia perjalananku ke Negeri Madinah al Munawwarah dan juga Tanah Suci Mekah Al Mukarramah. Lambaiannya masih hangat terasa, seolah-olah ada suara halus memanggil-manggil untuk ku ke sana buat kali ke 2. Oh amat rindu rasanya untuk ku melihat kedamaian dan kesyahduan Baitullah dan Raudah maqam baginda rasulullah. Manusia yang paling agung seagung-agungnya. Langit Subuh Madinah amat cerah sewaktu aku, isteri dan ibuku melabuh diri di lapangan terbang Madinah.. Tidak terkira sukacitanya hati ini bila kapal terbang arab saudi dapat mendarat dengan sempurna di sana. Alhamdulillah. Teringat pesan Ustaz Abd. Basit supaya sentiasa berdoa kepada Allah agar mengurniakan perasaan merasai singkatnya masa di dalam perjalanan. Syukur..beberapa belas jam di udara, kesihatan tubuh serta yang paling kritikalnya perutku, tak pernah meragam. Nasi, kek, air dan sebagainya yang disediakan oleh pramugari ‘no problem’. Pramuga...

IBADAH HAJI WAJIB DITUNAIKAN SEKALI SEUMUR HIDUP

Image
Muslim yang terleka mengumpulkan harta dunia (BERTUKAR kereta, MEMBESAR rumah, MENAMBAH KOLEKSI kedai, perniaagan dll lagi) yang tidak mahu memikirkan simpanan khusus bagi menyediakan dirinya untuk layak menunaikan haji adalah dalam kerugiaan yang nyata. JIka anda mengumpul wang paling banyak RM200 sebulan yang bergaji RM2000~3000 pun akan terkumpul sebanyak RM2400 setahun. Bila mencapai10 tahun akan jadi RM24000..................BULEH SANGAT DOH KALU NAK BUAT LAGU TU.....INSYAALLAH...

Sepetang bersama Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal PKB

Image
Pada 2 dan 9 September 2012. Satu aktiviti 5S telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Projek & RnD JKM. Seramai 7 orang staf (Tn.Hj. Zamri, En.Dahlan, Baha,Mohd Hitam, Shahrul, Isyam dan serta lebih 50 orang pelajar semester 6 dan semester 3 dari JKM, PKB turun padang membantu melancarkan lagi proses membersih & memindahkan barang-barang Projek serta bahan alat sokongan Bengkel Projek JKM ke tempat simpanan sementara (Bengkel Simpan Projek). Bengkel yang dikosongkan ini akan dinaik taraf menjadi Bilik Galeri Projek...InsyaAllah. Semoga usaha ini dapat diteruskan dengan jayanya. Bagi Pihak Saya dan juga khususnya KJJKM.... Nak Ucap Berbanyak Terima Kasih kepada semua yang terlibat.... Melupuskan rangka perabot yang dah rosak.... hantar jauh-jauh. Pindahkan semua projek pelajar yang lepas-lepas ke suatu tempat sementara lagi selamat.. Kosongkan bilik ini untuk dinaik taraf sebagai Bilik Galeri Projek... Patisyen yang bertimbun-timbun.... Angkut semua... Pas...