Posts

Karnival Mahabbah IKIM.fm di KELATE

Image
Teruja jugak rasa hati ini bila cik Siti Rohani Surani mengucapkan "Terima kasih kerana datang ke Karnival Mahabbah IKIM" di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini. Ucapan ini masih teringat di sanubari. Saya dan famili yang sedari awal mencari-cari peluang untuk bersua mereka di bawah stage tidak berkesempatan kerana terlalu ramai peminat dari kalangan orang-orang vateren dan kanak-kanak yang berasakan mengelilingi mereka. Tetapi rezeki Tuhan tiada sapa yang tahu. Kami tidak terduga rupa-rupanya Allah telah memilih kami jua untuk terserempak dengan Dj celebriti IKIM ini serta orang tersohor seperti Ustazah Norhafizah Musa semasa mereka keluar dari kesesakan orang ramai di hujung lokasi. Didoakan agar DJ CT dan Ustazah Norhafizah sentiasa diberi keberkatan dan kesihatan yang baik oleh Allah dan sentiasa berusaha gigih demi menegakkan keredhaan Allah untuk masyarakat sekelian Wassalam..

Travelog KT33

Image
1429H/2008 menjadi tahun keramat bagiku untuk mengungkapkan satu nostalgia perjalananku ke Negeri Madinah al Munawwarah dan juga Tanah Suci Mekah Al Mukarramah. Lambaiannya masih hangat terasa, seolah-olah ada suara halus memanggil-manggil untuk ku ke sana buat kali ke 2. Oh amat rindu rasanya untuk ku melihat kedamaian dan kesyahduan Baitullah dan Raudah maqam baginda rasulullah. Manusia yang paling agung seagung-agungnya. Langit Subuh Madinah amat cerah sewaktu aku, isteri dan ibuku melabuh diri di lapangan terbang Madinah.. Tidak terkira sukacitanya hati ini bila kapal terbang arab saudi dapat mendarat dengan sempurna di sana. Alhamdulillah. Teringat pesan Ustaz Abd. Basit supaya sentiasa berdoa kepada Allah agar mengurniakan perasaan merasai singkatnya masa di dalam perjalanan. Syukur..beberapa belas jam di udara, kesihatan tubuh serta yang paling kritikalnya perutku, tak pernah meragam. Nasi, kek, air dan sebagainya yang disediakan oleh pramugari ‘no problem’. Pramuga...

IBADAH HAJI WAJIB DITUNAIKAN SEKALI SEUMUR HIDUP

Image
Muslim yang terleka mengumpulkan harta dunia (BERTUKAR kereta, MEMBESAR rumah, MENAMBAH KOLEKSI kedai, perniaagan dll lagi) yang tidak mahu memikirkan simpanan khusus bagi menyediakan dirinya untuk layak menunaikan haji adalah dalam kerugiaan yang nyata. JIka anda mengumpul wang paling banyak RM200 sebulan yang bergaji RM2000~3000 pun akan terkumpul sebanyak RM2400 setahun. Bila mencapai10 tahun akan jadi RM24000..................BULEH SANGAT DOH KALU NAK BUAT LAGU TU.....INSYAALLAH...

Sepetang bersama Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal PKB

Image
Pada 2 dan 9 September 2012. Satu aktiviti 5S telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Projek & RnD JKM. Seramai 7 orang staf (Tn.Hj. Zamri, En.Dahlan, Baha,Mohd Hitam, Shahrul, Isyam dan serta lebih 50 orang pelajar semester 6 dan semester 3 dari JKM, PKB turun padang membantu melancarkan lagi proses membersih & memindahkan barang-barang Projek serta bahan alat sokongan Bengkel Projek JKM ke tempat simpanan sementara (Bengkel Simpan Projek). Bengkel yang dikosongkan ini akan dinaik taraf menjadi Bilik Galeri Projek...InsyaAllah. Semoga usaha ini dapat diteruskan dengan jayanya. Bagi Pihak Saya dan juga khususnya KJJKM.... Nak Ucap Berbanyak Terima Kasih kepada semua yang terlibat.... Melupuskan rangka perabot yang dah rosak.... hantar jauh-jauh. Pindahkan semua projek pelajar yang lepas-lepas ke suatu tempat sementara lagi selamat.. Kosongkan bilik ini untuk dinaik taraf sebagai Bilik Galeri Projek... Patisyen yang bertimbun-timbun.... Angkut semua... Pas...

BAGAIMANA STATUS SOLAT KITA HINGGA KE AKHIR HAYAT

Image
Dalam berbilion manusia di dunia ini ada yang beragama islam diiktiraf sebagai muslim, daripada ramai muslim itu ada yang yang kuat imannya yakin percaya kepada ajaran agama disebut mukmin. Daripada ramai-ramai mukmin itu ada yang benar-benar yakin percaya serta beramal ibadah disebut muttaqin dan yang sebenar-benar beribadat secara ikhlas kerana Allah (tahu tujuan dan kaedah melaksanakannya) mengikut sunnah rasulullah dinamakan mukhlisin . Status kita terletak diperingkat mana? Setelah kita cukup umur atau baligh, semua kelakuan ibadat sama ada solat, puasa, zakat dan haji semuanya kita belajar dan dah ada juga telah kita praktikkan sesempurna yang kita anggapkan. Tetapi adakah terfikir oleh kita bagaimana hendak menyempurnakan lagi seterbaik mungkin semua amalan ibadat tersebut agar diterima sepenuhnya oleh Allah swt. Lihatlah solat 5 waktu yang kita lakukan sehari-hari… Rata-rata orang muslim melakukan solat sekadar ikut-ikutan iaitu melakukan sepertimana orang lain...

SAJAK dekat nak HARI RAYA

Image
Hari ini masih puasa Masih menunggu masa berbuka Tak lama, 9 jam lagi Puasa rutin, terpaksa atau apa Ibadah oh ibadah ramai  hamba tak tahu dosa pahala Tok guru berbuih air liur Ustaz-ustazah serak suara Cikgu-cikgu habis cari cara Bagaimana nak tunjuk ajar mengenal dosa pahala Aku, dulu kini dan selamanya tahu apa dosa pahala tapi kini rasa-rasa macam selalu buat dosa dosa diri, dosa kawan-kawan apatahlagi dosa kepada ibubapa Rasa seperti tak tanggung apa-apa Rasa seperti tiada balasan apa-apa Manusia rata-rata berdosa Ramadhan bulan mulia Baguslah sekiranya ramai mohon ampun pada yang Esa Mudah-mudahan penghujung tirai ramadhan dosapun dibersihkan Anak-anak kecil atau orang-orang besar yang banyak peranan  pengalaman Buat kerja dunia tapi tak berapa bersungguh buat kerja untuk ke sana kenapa seperti tiada beza Yang tua yang muda tiada punca Tidak cakna tujuan di dunia persediaan ke sana Ke sana di mana Kepada Tuhan yang Meredhai selamanya ...

BUKU UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Image
Buku "An Introduction to softskill" - Banyak mengetengahkan konsep-konsep asas softkill dari segi pengenalan dan aktiviti komunikasi pelajar Buku  "Transformasi Pemantapan untuk Kejuaraan Silat" -Banyak menyentuh tentang aspek-aspek sejarah silat, teknik buah pukulan dan peraturan pertandingan silat. 2 Buah buku ini amat sesuai untuk digunakan di dalam PnP bagi pelajar sekolah dan juga pelajar politeknik malaysia. Hubungi pemilik bolgger ini jika berkenan...... Wassalam