Posts

Sepetang bersama Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal PKB

Image
Pada 2 dan 9 September 2012. Satu aktiviti 5S telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Projek & RnD JKM. Seramai 7 orang staf (Tn.Hj. Zamri, En.Dahlan, Baha,Mohd Hitam, Shahrul, Isyam dan serta lebih 50 orang pelajar semester 6 dan semester 3 dari JKM, PKB turun padang membantu melancarkan lagi proses membersih & memindahkan barang-barang Projek serta bahan alat sokongan Bengkel Projek JKM ke tempat simpanan sementara (Bengkel Simpan Projek). Bengkel yang dikosongkan ini akan dinaik taraf menjadi Bilik Galeri Projek...InsyaAllah. Semoga usaha ini dapat diteruskan dengan jayanya. Bagi Pihak Saya dan juga khususnya KJJKM.... Nak Ucap Berbanyak Terima Kasih kepada semua yang terlibat.... Melupuskan rangka perabot yang dah rosak.... hantar jauh-jauh. Pindahkan semua projek pelajar yang lepas-lepas ke suatu tempat sementara lagi selamat.. Kosongkan bilik ini untuk dinaik taraf sebagai Bilik Galeri Projek... Patisyen yang bertimbun-timbun.... Angkut semua... Pas...

BAGAIMANA STATUS SOLAT KITA HINGGA KE AKHIR HAYAT

Image
Dalam berbilion manusia di dunia ini ada yang beragama islam diiktiraf sebagai muslim, daripada ramai muslim itu ada yang yang kuat imannya yakin percaya kepada ajaran agama disebut mukmin. Daripada ramai-ramai mukmin itu ada yang benar-benar yakin percaya serta beramal ibadah disebut muttaqin dan yang sebenar-benar beribadat secara ikhlas kerana Allah (tahu tujuan dan kaedah melaksanakannya) mengikut sunnah rasulullah dinamakan mukhlisin . Status kita terletak diperingkat mana? Setelah kita cukup umur atau baligh, semua kelakuan ibadat sama ada solat, puasa, zakat dan haji semuanya kita belajar dan dah ada juga telah kita praktikkan sesempurna yang kita anggapkan. Tetapi adakah terfikir oleh kita bagaimana hendak menyempurnakan lagi seterbaik mungkin semua amalan ibadat tersebut agar diterima sepenuhnya oleh Allah swt. Lihatlah solat 5 waktu yang kita lakukan sehari-hari… Rata-rata orang muslim melakukan solat sekadar ikut-ikutan iaitu melakukan sepertimana orang lain...

SAJAK dekat nak HARI RAYA

Image
Hari ini masih puasa Masih menunggu masa berbuka Tak lama, 9 jam lagi Puasa rutin, terpaksa atau apa Ibadah oh ibadah ramai  hamba tak tahu dosa pahala Tok guru berbuih air liur Ustaz-ustazah serak suara Cikgu-cikgu habis cari cara Bagaimana nak tunjuk ajar mengenal dosa pahala Aku, dulu kini dan selamanya tahu apa dosa pahala tapi kini rasa-rasa macam selalu buat dosa dosa diri, dosa kawan-kawan apatahlagi dosa kepada ibubapa Rasa seperti tak tanggung apa-apa Rasa seperti tiada balasan apa-apa Manusia rata-rata berdosa Ramadhan bulan mulia Baguslah sekiranya ramai mohon ampun pada yang Esa Mudah-mudahan penghujung tirai ramadhan dosapun dibersihkan Anak-anak kecil atau orang-orang besar yang banyak peranan  pengalaman Buat kerja dunia tapi tak berapa bersungguh buat kerja untuk ke sana kenapa seperti tiada beza Yang tua yang muda tiada punca Tidak cakna tujuan di dunia persediaan ke sana Ke sana di mana Kepada Tuhan yang Meredhai selamanya ...

BUKU UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Image
Buku "An Introduction to softskill" - Banyak mengetengahkan konsep-konsep asas softkill dari segi pengenalan dan aktiviti komunikasi pelajar Buku  "Transformasi Pemantapan untuk Kejuaraan Silat" -Banyak menyentuh tentang aspek-aspek sejarah silat, teknik buah pukulan dan peraturan pertandingan silat. 2 Buah buku ini amat sesuai untuk digunakan di dalam PnP bagi pelajar sekolah dan juga pelajar politeknik malaysia. Hubungi pemilik bolgger ini jika berkenan...... Wassalam

Bicara Ilmu 84 – “Doa Untuk Mendapatkan Anak – Amalan Dari Ulama’ Mekah”

Image
Pertemuan saya dengan Habib Muhammad Jamalullail pada 21 Julai 2012 penuh dengan erti. Habib Muhammad Jamallullail memberikan amalan untuk mendapat cahayamata bagi sesiapa yang susah atau belum mendapat cahaya mata. Amalan ini boleh dibuat dengan dua keadaan:- 1. Jika kita ditempat kita 2. . Jika kita datang menunaikan Umrah Keadaan satu (Jika Kita Berada di Tempat Kita) 1. Jika kita ditempat kita, bacakan setiap kali waktu solat 7 kali dua doa di bawah diiringi dengan istigfar seperti di bawah 100 kali رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi رَبِّيْ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٍ Tuhanku sesungguhnya aku adalah dari apa yang telah Engkau tetapkan padaku dan sebaik-baik orang yang faqir Baca istigfar banyak2 أََسْتَغْفِرُاللهَ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا Aku minta ampun pada Allah dan sesungguhnya Dia yang maha mem...

SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAT DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Salam berbahagia untuk semua umat nabi Muhammad Saw, Di hari baik dan bulan baik pada tahun 1433 Hijrah ini, mudah-mudahan kita sempat meneruskan lagi rutin kita sebagai seorang hamba Allah SWT, melaksanakan ibadah yang terbaik untuk memastikan Allah redha dan menerima kita sebagai seorang hamba yang taat dan layak bagi ditempatkan kita ke SyurgaNya kelak. Sebenarnya untuk apa kita semua berlomba-lomba mengejar masa melakukan ibadat yang berganda-ganda pada ramadhan ini? Apakah kita buat sekadar ikut-ikutan atau untuk dipertontonkan kepada kawan dan jiran kita bahawa, bulan inilah ibadat yang sebenar-benarnya patut kita perbanyakkan.  Berpenat lelah siang hari berpuasa dan di malamnya pula bertarawikh. Untuk mendapat pahala bukan sesuatu yang mudah. Sekiranya kita membuat sesuatu perkara ibadat tanpa mengetahui kaedah dan tujuannya yang sebenar. maka ibadat itu seolah-olah tidak ada makna apa-apa dan yang dapat pada kita cuma penat dan lapar atau bersuka-suka sahaja. Bukan i...

MENGAPA KITA CAKDUH TENTANG AURAT

Image
Cakduh atau memandang ringan penampilan diri kita tentang corak berpakaian di tubuh kita atau susuk tubuh badan anak isteri kita terutamanya yang bernama wanita.... Mungkin kita tak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar. Ini menandakan kita memang kurang segar tentang kewaspadaan kita tentang bahaya yang bakal menimpa kita di dunia atau di akhirat nanti. Wanita adalah perhiasaan di dunia ini. Kerana seluruh kecantikan dan keunggulan pandangan adalah tertumpu pada susuk tubuh insan yang bergelar wanita. Ingatlah.. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Kenapa? Tidak keluar seseorang anak soleh solehah melainkan lahir dari rahim-rahim para wanita solehah. Peranan mereka inilah yang membentuk seorang hamba Allah yang berperibadi soleh solehah yang akan mewarisi syurga di akhirat. Agenda barat telah lama menampakkan hasil. Misinya terlalu amat berjaya sekali. Pergilah kita ke bandar, ke kampung-kampung, ke Felda dan ke mana-mana sahaja dan perhatikanlah anak-anak wanita kita ...