Posts

JF302 -Bab 2b

Image
CHAPTER 2b FERROUS MATERIAL STRUCTURE AND BINARY ALLOY SYSTEM  BINARY ALLOY SYSTEM (SISTEM ALOI PERDUAAN) Bab ini membincangkan berkenaan keluli karbon biasa dari segi sifat, struktur mikro, jenis dan kegunaan tentu dalam bidang kejuruteraan. Sebelum  mengenali   struktur   aloi   besi-karbon, perubahan  bentuk  hablur yang  berlaku  perlu  difahami  semasa pemanasan dan penyejukan besi tulin dalam keadaan pepejal.  Besi tulin adalah allotropik iaitu bahan  yang  boleh   berubah  dalam  beberapa  bentuk   hablur yang  berlainan  pada  suhu-suhu  tertentu.      Perubahan  struktur  hablur  dalam  keadaan  pepejal  adalah berkait rapat dengan pembebasan haba semasa  besi disejukkan daripada takat beku iaitu pada suhu 153...

JF302 -Bab 2a

Image
CHAPTER 2a FERROUS MATERIAL STRUCTURE FERROUS MATERIAL STRUCTURE (STRUKTUR BAHAN FERUS) 2.1 Understand the metal production (Memahami pengeluaran logam) Besi merupakan  logam  utama  dan  paling   banyak  penggunaannya. Sifat-sifat fizikalnya seperti kekerasan, kekuatan dan ketahanan yang boleh diubahsuai menyebabkan  ianya menjadi logam yang sangat berguna iaitu dari  segi  kejuruteraan  mahu pun dari segi penggunaan  secara  am. Faktor  lain seperti harganya murah dan  mudah  didapati  serta  merupakan  sebab mengapa ianya  sangat  diminati. CARA PERLOMBONGAN BIJIH BESI 1.     Perlombongan Terbuka – Untuk b.besi yang dekat di permukaan tanah -     Besi bercampur tanah dipisahkan dengan air 2.     Perlombongan Syaft     – Untuk .besi yang jauh di dalam tanah -   ...

Allah mengutus Rasul untuk menyampaikan khabar berita Gembira dan Peringatan Duka

Image
   PETIKAN DARI KISAH WALIYYULLAH MALIK BIN DINAR:- Apabila mendengar suara tersebut, maka ramailah kanak-kanak keluar dari pintu itu dengan wajah muka yang berseri-seri. Mereka memandang kepadaku dengan penuh belas kasihan kerana mereka nampak aku sedang di dalam ketakutan dikejar ular. Tiba-tiba aku ternampak anakku yang berusia dua tahun ada bersama-sama kumpulan kanak-kanak itu. Sebaik saja dia terpandang kepadaku, dia pun menangis, lalu berlari mendapatkan aku. Kemudian anakku menunjukkan tangannnya ke arah ular itu dan secara tiba-tiba ular itu pun pergi dari situ. Binatang yang amat menakutkan aku itu kemudiannya ghaib pada pandanganku. Malik meneruskan ceritanya. " Aku pun meletakkan puteriku itu dalam pangkuanku dan dia asyik bermain dengan janggutku. Kemudian puteriku itu membaca sepotong ayat al-Qur'an surah al-Hadid (ayat : 16) yang demikian tafsirnya : "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mer...

DJM 2012 NOTA_ SOFTWARE

Image
1.5 PERKAKASAN DAN PERISIAN SEDIA ADA (NX6)      {Sambungan dari bab lepas} 1.5.4 Feature Base Modeling (Ciri-Ciri Asas) Model yang dibina dalam NX6 mengandungi ciri-ciri asas yang tertentu. Ini merujuk keadaan geometri suatu model part yang menbentuk ciri seperti garisan lurus, lengkung, lubang, thread, chamfer, round, pocket dan sebagainya. Satu atau lebih ciri-cirinya yang terwujud berdasarkan pada setiap bahagian yang terkecil model. NX6 membenarkan hanya satu ciri model dibina untuk satu-satu masa. Penambahan ciri-ciri yang seterusnya bergantung kepada kehendak perekabentuk. Setiap rekabentuk memerlukan perancangan yang tepat sebelum memulakan kerja ini. Sebagai contoh; “hole” adalah satu ciri model, ianya dibina untuk dipasang kemudian padanya satu model part skru yang bersesuaian saiz dengannya. Di sini diberi contoh beberapa jenis feature-base (ciri-ciri asas) iaitu:- 1.5.5 Parametric Relationships (Hubungan Parametrik) Rekabentuk yang ...