Posts

Allah mengutus Rasul untuk menyampaikan khabar berita Gembira dan Peringatan Duka

Image
   PETIKAN DARI KISAH WALIYYULLAH MALIK BIN DINAR:- Apabila mendengar suara tersebut, maka ramailah kanak-kanak keluar dari pintu itu dengan wajah muka yang berseri-seri. Mereka memandang kepadaku dengan penuh belas kasihan kerana mereka nampak aku sedang di dalam ketakutan dikejar ular. Tiba-tiba aku ternampak anakku yang berusia dua tahun ada bersama-sama kumpulan kanak-kanak itu. Sebaik saja dia terpandang kepadaku, dia pun menangis, lalu berlari mendapatkan aku. Kemudian anakku menunjukkan tangannnya ke arah ular itu dan secara tiba-tiba ular itu pun pergi dari situ. Binatang yang amat menakutkan aku itu kemudiannya ghaib pada pandanganku. Malik meneruskan ceritanya. " Aku pun meletakkan puteriku itu dalam pangkuanku dan dia asyik bermain dengan janggutku. Kemudian puteriku itu membaca sepotong ayat al-Qur'an surah al-Hadid (ayat : 16) yang demikian tafsirnya : "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mer...

DJM 2012 NOTA_ SOFTWARE

Image
1.5 PERKAKASAN DAN PERISIAN SEDIA ADA (NX6)      {Sambungan dari bab lepas} 1.5.4 Feature Base Modeling (Ciri-Ciri Asas) Model yang dibina dalam NX6 mengandungi ciri-ciri asas yang tertentu. Ini merujuk keadaan geometri suatu model part yang menbentuk ciri seperti garisan lurus, lengkung, lubang, thread, chamfer, round, pocket dan sebagainya. Satu atau lebih ciri-cirinya yang terwujud berdasarkan pada setiap bahagian yang terkecil model. NX6 membenarkan hanya satu ciri model dibina untuk satu-satu masa. Penambahan ciri-ciri yang seterusnya bergantung kepada kehendak perekabentuk. Setiap rekabentuk memerlukan perancangan yang tepat sebelum memulakan kerja ini. Sebagai contoh; “hole” adalah satu ciri model, ianya dibina untuk dipasang kemudian padanya satu model part skru yang bersesuaian saiz dengannya. Di sini diberi contoh beberapa jenis feature-base (ciri-ciri asas) iaitu:- 1.5.5 Parametric Relationships (Hubungan Parametrik) Rekabentuk yang ...

APA KHABAR IMAN KITA HARI INI DAN SAAT INI

Biasanya kita bertanya "APA KHABAR HARI INI?. Fokus kita mestilah ...Sihat, selamat, bahagia dan lain-lain yang merangkumi;;; Makan sangat kenyang, Mandi amat Basah, Tidur sungguh lena dan apa aja yang sewaktu dengannya... APA KATA kita ubah style.. kita tanya yang lain dari itu. kita tanya sahabat kita... APA KHABAR IMAN KITA HARI INI... Bertambah kah dia atan semakin merudum jatuh atau pergi semakin jauh dari diri kita. IMAN tak dapat dijual beli. Ia tidak ada di bukit atau di laut. Ia mesti disemai di hati kita. Rasa atau perasaan keimanan yang sungguh-sungguh di hati sanubari. Kepercayaan kepada sesuatu sesungguhnya tidak akan terbukti selagi tidak dicuba. Keyakinan itu lah yang afdal. Yakin 100%, Syak 50%, Dzham 70% dan Waham 30%. Iman kita kepada Allah subhanahu wataala dan Rasulullah sallallahialaihiwasallam mestilah ke arah tahap YAKIN 100%. Ia menampakkan bekas(kesan mendalam) pada diri seseorang yang yakin dengan perbuatannya yang BENAR dan IK...

JF302 -Bab 1b

Image
CHAPTER 1b BINARY ALLOY SYSTEM 1.2 Describe the metal and alloy solidification  (Pemejalan Logam dan Aloi) Selepas kerja pemanasan logam atau aloi, ia dibiarkan sejuk atau pejal. Semasa proses pemejalan tersebut, wujud fasa-fasa tertentu yang akan dibincangkan di dalam unit ini.  Sebenarnya fasa logam atau aloi yang memejal akan bergabung untuk menghasilkan satu bentuk bijian yang boleh dilihat secara kasar (microskop pembesaran). Proses pemejalan berlaku dengan pertumbuhan nukleus. Bucu-bucu nukleus yang bebas memilih jalan masing-masing ke tempat yang lebih sejuk. Ini menyebabkan pertumbuhan nukleus dan perkembangan bucu semakin bertambah. Lengan jejari akan terbentuk yang ianya sendiri membentuk lengan-lengan secondary masing-masing 90 ° diantara satu sama lain. Ini berterusan hingga satu struktur yang. dipanggil struktur dendrit wujud seperti ditunjukkan dalam Rajah di bawah 1.2.1 Explain solidification phases of  Nucleus, Dendrite and Grain    ...

JF302 -Bab 1a

Image
CHAPTER 1 MATERIAL STRUCTURE AND BINARY ALLOY SYSTEM 1.1 Understand Material structure and Element Periodical Table (EPT) Material structure(STRUKTUR BAHAN ) struktur bahan yang merupakan asas penting dalam pembentukan bahan. Dalam pembentukan logam, ianya terdiri daripada susunan atom yang dinamakan hablur. Unit ini juga membincangkan mengenai susunan atom, ketumpatan dan sifat-sifat yang berkaitan dapat ditentukan. Susunan hablur ini akan musnah apabila logam berada pada suhu yang melebihi suhu lebur. Begitu juga logam seperti besi akan mengubah susunan atomnya yang berupa pepejal tanpa dileburkan dengan disertai oleh perubahan pada sifatnya. 1.1.1 Define the terminology of ( Takrifan Istilah berikut) a. Atom Merupakan satu zarah asas yang membentuk segala bahan samada dalam bentuk pepejal, gas atau cecair. Saiz atom adalah sangat kecil, walaubagaimana pun ia mempunyai berat dan sifat-sifat tersendiri. Atom terdiri daripada 3 zarah asas dengan meru...